Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

Sejauh mana kerajaan Pulau Pinang membantu menyelesaikan atau memgambil tindakan terhadap rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang dibina tanpa kebenaran PBT.Jumlah binaan tanpa kebenaran PBT.MPSP sebanyak 191 permis.MPPP sebanyak 87 permis.Sila jelaskan

Dimaklumkan bahawa, Majlis akan mengeluarkan notis dibawah Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 jika dikesan sebarang pembinaan di tanah persendirian tanpa kebenaran/kelulusan Majlis. Ini adalah termasuk pembinaan yang melibatkan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Bagi kes dimana penukaran kegunaan terlibat iaitu daripada kediaman kepada Rumah Ibadat Bukan Islam atau kepada aktiviti keagamaan, Majlis juga mengeluarkan notis dibawah Akta Jalan Parit & Bangunan 1974. Untuk kes-kes yang melibatkan RIBI ini dimana kehendak notis-notis yang dikeluarkan masih belum dipatuhi, satu kertas kerja akan disediakan dan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa RIBI sebelum apa-apa tindakan diambil. Tindakan selanjutnya diambil oleh Majlis setelah keputusan dibuat oleh Jawatankuasa RIBI. Sekian, terima kasih

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

No comments

Powered by Blogger.