fuhh...muhyiddin bagi alasan ni kat najib sebab penyokong umno tak ramai hari penamaan calon!

BERMACAM alasan yang diberikan oleh pemimpin Umno bagi menjustifikasikan kenapa tidak ramai penyokong Umno Bn yang datang mengiringi calon mereka semasa proses Penamaan Calon semalam.

Penamaan Calon yang dijalankan di Sekolah Yahya Petra semalam menyaksikan 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS, Fauzi Abdullah atau Abe Uji, 50, seorang taukeh ikan berjaya.

Manakala di Kem Umno BN pula, kehadiran hanya dianggarkan seramai 1800 - 2,000 orang sahaja. Kehadiran yang sedikit ini telah memberi kesan moral yang besar kepada para penyokong BN. Ramai daripada mereka yang dah berkira-kira bahawa BN akan kalah teruk dalam PRK N41 Manek Urai ini.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin selaku Pengarah Pilihanraya UMNO BN mendakwa bahawa jumlah kehadiran penyokong tidak memberangsangkan kerana mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas akibat dari datang lewat. Muhyiddin berkata demikian dalam satu temuramah dengan sebuah laman berita yang terkenal.

Tetapi sedarkah Muhyiddin, jika tidak kerana kesesakan lalulintas tersebut juga, barangkali bukan setakat 10,000 penyokong PAS mengiringi calon mereka. Sekiranya semua dapat sampai ke tempat penamaan calon, dianggarkan jumlah penyokong PAS pada masa perarakan penamaan calon itu sekitar 30,000 - 50,000 orang.

No comments

Powered by Blogger.