Muhyiddin akui bahawa rakyat melihat Umno-BN sudah mati

“Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini.” kata Muhyiddin dalam satu mesyuarat tertutup Umno semalam.

Jelas bahawa beliau dan pemimpin Umno lainnya kini tertekan. Walaupun berjaya merompak Kerajaan Perak, namun itu sedikit pun tidak memberikan kegembiraan buat Umno-BN yang kalah teruk pada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Setakat ini BN hanya mampu pertahankan Batang Ai, Sarawak.

Manik Urai (MU) menjadi tumpuan Umno-BN bagi mengembalikan maruah dan kepercayaan rakyat. Umno melihat MU sebagai peluang untuk kembali hidup dan Muhyiddin mendesak agar seluruh jentera Umno-BN berkerja keras untuk memastikan badi nasib malang Umno tidak berulang di MU.

Apakah itu satu harapan kosong atau satu ancaman buat Pakatan?

Bagi saya, perkara ini tidak boleh dipandang mudah. Jentera PAS-Pakatan harus meningkatkan usaha dan memasuki kubu Umno dan dalam masa yang sama menangkis gerak kerja Umno diseluruh MU.

Umno-BN akan mempergunakan segala kekuatan jentera Kerajaan Pusat termasuk RTM dan juga agensi lain bagi mengembalikan maruah mereka. Mereka juga dilihat berbelanja besar bagi memperoleh undi rakyat.

Apa jua yang mereka lakukan, jika pengundi MU bijak. Umno akan tumbang sekali lagi. Kali bukan setakat mati, tapi kubur Umno-BN pasti dikambus terus.

No comments

Powered by Blogger.