TV Selangor Liput Persidangan ke13 DUN Secara Langsung

SHAH ALAM, 7 Julai - Laman web TV rasmi kerajaan negeri,TV Selangor akan bersiaran secara langsung sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor(DUN)yang bermula esok.

Mesyuarat akan bersidang pada 8 hingga 10Julai,dan bersambung kembali pada 13 hingga 16Julai.

Selain dari membahaskan akta bekalan tambahan,isu lain yang bakal dibentangkan pada sidang kali ini ialah,penglibatan polis menghalang perhimpunan aman,pejabat agensi persekutuan yang tidak mengantung gambar rasmi Dato Menteri Besar Selangor serta isu penyelewengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).

Persidangan secara langsung ini boleh ditonton melalui laman web,www.tvselangor.com.

No comments

Powered by Blogger.