Hanya pemimpin tulen, setia kekal berjuang?

SANDAKAN 26 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hanya pemimpin yang tulen, setia dan ikhlas dalam perjuangan akan kekal bersama parti, sama ada ketika susah atau senang.

Justeru tegasnya, pemimpin UMNO perlu menggunakan ujian yang dihadapi parti sebagai landasan untuk melahirkan pemimpin tulen yang benar-benar setia dan ikhlas dalam memperjuangkan agenda membela agama, bangsa dan negara.

''Jadi rakyat boleh menilai pemimpin mana yang mereka perlu pertahankan untuk dibenarkan berjuang dalam wadah yang lebih luas dan mencabar.

''UMNO sentiasa diuji dan setiap kali diuji akan lahir pemimpin yang kita boleh harapkan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya dan timbalannya, Ariffin Asgali.

Hishammuddin berkata, dalam landskap politik yang mencabar kini, UMNO, pemimpin dan ahli-ahlinya perlu berubah untuk terus relevan pada mata rakyat.

Katanya, UMNO tidak boleh sekadar mengharapkan bilangan yang ramai tetapi kualiti dalam setiap ahli itu.

''Maknanya, jika kita menganjurkan program bukan sekadar bilangan tetamu yang kita ukur tetapi penghayatan setiap rakyat terhadap program tersebut," katanya.

Beliau menambah, dugaan yang dihadapi parti hari ini perlu dijadikan suntikan semangat untuk merapatkan barisan, melaksanakan strategi meraih kembali sokongan rakyat kepada parti keramat itu.

''Lupakanlah segala sengketa. Jangan marah nyamuk, kelambu kita bakar. Jangan marahkan individu, kita pandang sepi agenda parti," katanya.


kahkahkah mari bergelak ketawa bersama abang hisham kahkahkah. dia p sandakan buta lawak? pemimpin tulen yang dok baham wang rakyat? pemimpin tulen ker yang rasuah berjuta2? pemimpin tulen ker yang buat rumah macam istana tetapi rakyat dok kebulur kat bawah? pemimpin tulen ker yang sokong ISA? kahkahkah. jangan buat bodoh la. rakyat dah muak dengan manusia bertopeng ni kahkahkah. pegang keris sebab nak kayakan kroni?

No comments

Powered by Blogger.