Jangan usik wang zakat?

KUALA LUMPUR 26 Julai - Wang zakat sepatutnya dibelanjakan untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Islam dan bukannya untuk tujuan pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, jika kerajaan negeri Selangor mengalami kesukaran dari segi kewangan untuk mentadbir, Menteri Besarnya perlu mencari alternatif kewangan selain wang zakat.

"Jangan usik zakat. Tolonglah gunakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan orang Islam di negeri berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengemukakan cadangan supaya dana Baitulmal digunakan bagi menampung kos pentadbiran di negeri ini.

Katanya, langkah itu difikirkan perlu kerana kerajaan negeri tidak lagi menerima bantuan sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun dari Kerajaan Persekutuan.

Hari ini, pada satu majlis di Shah Alam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pemikir ekonomi Islam termasuk dari Universiti Oxford, England berhubung cadangan menggunakan dana Baitulmal bagi menampung kos pentabdiran di Selangor.

Tambah Kamaruddin, wang zakat berasal daripada orang Islam dan seharusnya dikembalikan kepada orang Islam juga.

Katanya, kerajaan negeri perlu lebih kreatif dan bijak dalam mencari sumber kewangan baru dan jangan mengambil jalan mudah.

Beliau juga meminta agar zakat tidak dijadikan alat politik dengan tujuan mahu mengenakan Kerajaan Persekutuan yang kononnya tidak menyalurkan sumbangan kepada kerajaan negeri.

"Selangor ini negeri kaya, semua orang tahu hakikat itu, macam mana hingga wang pentadbiran pun sudah tidak cukup.

"Jangan nanti orang lihat tindakan kerajaan negeri itu semata-mata untuk menyakitkan hati rakyat," katanya.

lawak la. kalau puak pakatan nak buat pojek semua tak betul. halam semua la. bila khir balun duit rakyat betul2 depan puak2 ni buak dek jer. khalib bukan orang bodoh! dia pun tau jugak halal haram. malah lebih dari khir tolol lagi! tak makan duit rakyat! tak tipu rakyat macam puak umno dok balun sebelum ni! lu pikir la sendiri, ada pangkat prof tapi nak pikir lebih tak pandai! puuuuuuuuiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

No comments

Powered by Blogger.