Index rasuah Israel lebih baik dari Malaysia?

Rasuah merupakan sesuatu jenayah yang sukar dibuktikan. Namun, ciri ciri rasuah bukan lah sukar dikesan. Apabila kempen memerangi rasuah dijalankan dan perlaksanaan penggunaan batch ‘Saya Anti Rasuah’ oleh badan bandan kerajaan menjadikan simbol kerajaan sedang memerangi rasuah. Tetapi sejauh mana kempen dan usaha ini berjaya?


Sebagaimana yang saya nyatakan diatas. Bukan senang membuktikan seseorang itu menerima rasuah dan memberi rasuah. Kecuali terdapat hitam putih yang menunjukkan pengagihan keuntungan yang tidak sepatutnya kedalam akaun syarikat atau individu tertentu. Malah… itu pun sukar membuktikan sesuatu rasuah sudah berlaku atau tidak. Badan Pencegah Rasuah sendiri terdedah kepada bahaya rasuah.

Baru baru ini, negara disogok dengan cerita cerita politik Sabah tentang keterlibatan Dato Seri Yong Teck Lee dengan gejala rasuah semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Kes ini masi dalam siasatan BPR. Ulasan mengenainya saya elakkan.

Masyarakat sudah terbiasa dengan pepatah melayu yang saya anggap lemah. “Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang.” Pepatah ini sangat lemah dari sudut pembuktian sesuatu kejadian. Pada hari ini, kalau ada orang buat jalan dan menggunakan jentera pengorek jalan. Bukan sahaja pokok bergoyang, malah rumah disekitar kawasan juga bergoyang. Pada saya, pepatah ini hanya sekadar pepatah tapi sangat meluas digunakan bagi menguatkan Fitnah yang tiada bukti.

Demikianlah persepsi masyarakat terhadap sesiapa yang dituduh dengan sesuatu perkara yang tidak baik. Walaupun Mahkamah belum membuktikan kes tersebut, persepsi masyarakat mendahului keputusan mahkamah.

Bagaimana pula dengan Index Ketelusan Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh http://www.transparency.org

Malaysia menduduki kedudukan ke 47 pada tahun ini berbanding Israel ditangga 33. Pada tahun 2007 pula Malaysia menduduki kedudukan ke 43 dan Israel 30.

Dari statistik yang dikeluarkan, menunjukkan Persepsi Rasuah di Malaysia meningkat berbanding tahun lalu. Tapi apa yang penting disini, Malaysia merupakan negara yang dipimpin oleh orang Islam yang menolak perkauman seperti yang ada dalam ideologi Israel. Israel secara terang terangan menolak bangsa lain selain Yahudi. Dan kita boleh mengandaikan perkara yang tidak baik sememangnya terjadi kepada pentadbiran yang pilih bulu.

Berbeza dengan pentadbiran dibawah Islam yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. Islam mengajar umatnya berlaku jujur dalam perlaksanaan tugas. Secara umum, orang Malaysia menolak negara Israel dan tidak mengiktiraf negara tersebut. Tetapi, imej rasuah yang dipaparkan sangat mempengaruhi minat pelabur dan negara lain terhadapa Malaysia untuk masuk menanam modal di Malaysia. Ini memberi kesan dalam pembuatan keputusan pelabur asing ke Malaysia.

Ketika melihat persepsi Index ini, saya memikirkan bagaimana keputusan ini diperolehi? Adakah dengan menyoal siasat pemandu bas dan pedagang kaki lima di seluruh Malaysia? Atau cashier di pusat membeli belah? atau supervisor di kilang kilang yang ada di Malaysia? Sudah Tentu Tidak!

Jawapannya adalah dengan membuat survey dalam pentadbiran negara. Sekiranya parti pembangkang mengamalkan pentadbiran rasuah di 5 negeri mereka kuasai… sudah tentu index ini berdasarkan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat yang kaki rasuah. Tetapi, pentadbiran ini baru berjalan kurang dari 1 tahun. Bagaimana dengan tahun lalu? Hanya ada 1 negeri dibawah pembangkang? Adakah Kelantan yang dibawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz mengamalkan rasuah sehingga menyebabkan Malaysia mendapat kedudukan ke 43 pada tahun lalu? Kalau ditanya kepada orang awam, saya percaya… jawapan yang bakal diperolehi adalah ”takkan dia seorang punya negeri boleh bagi kesan index 14 negeri, mustahil”

Jadi? dari mana lagi index persepsi ketelusan Rasuah ini menerima kesannya? Bak kata nabil… Lu Pikir la Sendiri..

http://irwanidris.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.