JahilNya Pemuda Umno Kelantan. Macam ni Boleh Jadi Pemimpin?

Polemik memasang lilin antara Umno dan PAS
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Julai 25 — Sejak bila Umno sangat mengambil berat sesuatu perkara itu bertentangan dengan agama atau tidak. Tetapi nampaknya isu memasang lilin sangat diambil berat oleh mereka.

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyertai majlis menyalakan lilin bagi penghormatan terakhir di atas kematian Teoh Beng Hock, terus dipolemikkan Umno.

Polemik itu jelas apabila hari ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terus bertindak menyelar reaksi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta pemimpin PAS yang enggan menetapkan pendirian berhubung isu berkenaan.

Nik Aziz sebelum ini mempertahankan tindakan Nizar dengan berkata, memasang lilin bukan upacara agama tetapi budaya sahaja. Ia juga berlaku dalam pendekatan dakwah.

ADUN Titi Serong, Perak Khalil Idham Lim yang turut menyertai majlis itu menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Beliau yang sebelum ini beragama Budha berkata, memasang lilin bukan amalan agama Budha tetapi budaya orang Cina.

Menurutnya juga, gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media Julai 17 lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Di China sekarang, katanya, amalan memasang dan membawa lilin ke masjid terus diamalkan oleh umat Islam di negara itu sekarang ini.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, menyifatkan pemimpin PAS terutamanya Dewan Ulama PAS termasuk Nik Aziz sendiri dilihat sudah keliru di antara tuntutan agama dan tuntutan parti untuk mengeluarkan kenyataan atau prinsip di dalam menjelaskan dasar mereka mengenai hukum berhubung perkara tersebut.

Anuar berkata, PAS seolah-olah dihantui bayangan resah sekaligus meletakkan mereka pada posisi keliru tatkala menghadapi realiti tersebut.

Sambil mempertahankan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria, bahawa perbuatan itu adalah haram, Anuar turut mendakwa PAS bimbang pada kemungkinan berlaku perpecahan parti akibat daripada fatwa sebenar, sebab itu PAS terus berdolak-dalik berhubung fatwa terhadap isu yang berkaitan.

“Ternyata Nik Aziz tidak berani menghukum kerana ia melibatkan kerugian pada parti dan mungkin mencarik sokongan pada Pas apabila mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan tersebut,” katanya ketika bercakap bersama The Malaysian Insider.


ni la manusia bodoh tak boleh di ajar, cerdik ta boleh bawa tolong! puiihhhhh! dah la anuar, nama pun macam nuar musa. cakap berbelit2 tipu rakyat kelantan!

Beliau membidas, jika selama ini Nik Aziz mendabik dada bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik maka beliau sepatutnya wajib mengeluarkan fatwa sesuai dengan gelaran pemimpin mursyid yang dihormati supaya rakyat pandai menilai dan tidak mudah keliru di antara tuntutan agama dan tuntutan parti.

Nizar sebelum ini dilapor menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock di pejabat DAP Ipoh, telah menimbulkan satu kontroversi apabila MB Perak mempertikaikannya dan meminta ulama PAS memberikan penjelasan.

No comments

Powered by Blogger.