Jam 5.00 petang tadi saya terima panggilan talipon dari seorang sahabat yang hendak berjumpa. Beria-ia sangat sahabat ni ajak jumpa di Cyberjaya. Katanya ada perjumpaan ringkas jam 9.00 di ‘port’ kami. Untuk tidak menghampakan pelawaan yang bersungguh-sungguh sahabat itu, saya pun pergilah ke tempat yang dijanjikan. Saya sampai agak lewat sikit - jam 9.45 malam. Lebih kurang 20 lebih orang kenalan telah sedia menunggu.

Sesampai saya di sana, seorang sahabat bersuara “Aku dah habis sedut 4 batang ‘Sampoerna’, engkau baru sampai”

“Apa projek ni?” - tanya saya

“Malam ni kita nak lancarkan Tabung Bantuan Khas”.

“Untuk sapa?” - tanya saya.

“Untuk Najib dan Rosmah”

“Kah Kah Kah” - saya ketawa besar

“Serius Beb”

“Engkau orang deman ke apa ni?” - pintas saya

“Kita serius ni Beb”

“Seluar dalam Rosmah sama harga 3 helai baju engkau orang, lagi kau orang ada hati nak derma kat dia? sakitlah lu orang” - Hujah saya

“Beb, kau dengar dulu. Malam ni kita nak lancarkan Tabung Bantuan Khas. 10 sen untuk Najib, 10 sen untuk Rosmah”

“Macam bagus plan ni” - Saya mula berminat

“Malam ini kita mulakan. 28 orang, 29 dengan engkau Beb. Kita collect 10 sen sorang. Tugas engkau mintak dari Anwar Ibrahim 10 sen. Minta dari Wan Azizah 10 sen. Cukup RM500.00, kita pergi hantar pada Najib. Ini sebagai sumbangan bantu dia buka fail saman Anwar”.

“Bagus, aku setuju” - Saya mencelah

Rumusannya:

Tepat jam 11.52 malam tadi kami telah berjaya mengumpul dana berjumpa RM2.90 (Dua Ringgit Sembilan Puluh Sen) sebagai langkah awal membantu Najib dan Rosmah untuk buka fail saman terhadap Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia yang lain kerana hal berikut:

- Menuduh Najib terima rasuah pembelian kapal selam.
- Menuduh Najib berasmara dana dengan artis Melayu di Port Dickson.
- Menuduh Najib bersubahat dalam pembunuhan Altantuya
- Menuduh Najib menipu berjumpa Saiful Bontot sebelum Saiful Bontot buat laporan diliwat
- Menuduh Rosmah terlibat dan tahu komplot pembunuhan Altantuya
- Menuduh Rosmah berkelakuan sumbang dengan artis Bollywood
- Menuduh Rosmah menggatal dengan Najib semasa dia masih menjadi isteri kepada suami pertamanya
- Menuduh Rosmah terlibat dalam kehilangan PB Bala.

Sasaran kami: Capai matlamat dana terkumpul RM500.00 dalam 60 hari.

Cabaran kami: Bila dana mencukupi, Najib dan Rosmah tidak mahu dan tidak berani hendak saman Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia yang menuduh mereka berdua dalam hal-hal yang dinyatakan di atas.

Persoalannya sekarang: Apakah sebab utama (agaknya) Najib dan Rosmah tidak mahu menyaman Anwar dan orang tertentu dalam kes ini?

http://kerajaanrakyat.com/?p=7490

No comments

Powered by Blogger.