Kenyataan Tan Sri Khalid terhadap SPRM
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.
"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.
Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.
Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan bantuan kepada keluarga mendiang Teoh untuk menguruskan pengendalian jenazah mendiang termasuk sokongan kewangan bagi meringankan kesedihan di pihak keluarga, katanya.

No comments
Post a Comment