SPRM ‘bunuh’ Beng Hock, reman semua pegawai penyiasat

SPRM ‘bunuh’ Beng Hock!!! Mungkin inilah yang tergambar dalam pemikiran mereka yang mula-mula dengar berita kematian mengejut Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock tengahri semalam.

Beliau didapati terbaring di di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam dan dipercayai jatuh disitu.

Media melaporkan bahawa beliau berada di Pejabat SPRM sejak pukul 5 petang hari sebelumnya dan dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.

Ramai yang melihat bahawa kejadian itu bukannya satu kebetulan atau beliau sengaja membunuh diri. Beliau dilaporkan akan mendaftarkan perkahwinan beliau hari ini, jadi tiada sebab beliau mahu membunuh diri.

Jika beliau terjatuh secara tidak sengaja pun masih boleh dipersoalkan kerana bagaimana beliau boleh ‘terjatuh’ di koridor bangunan yang tertutup itu. Lainlah jika beliau jatuh di tangga bangunan itu atau jatuh dari tingkap.

Situasi kematian beliau ini menimbulkan tanda tanya sama ada, pegawai penyiasat SPRM ada mengunakan kekerasan termasuk menolak beliau dari tingkap bangunan itu dengan sengaja.

Itu andaian, dan sukar dibuktikan kerana tiada apa-apa bukti visual ditempat kejadian kerana tiadanya cctv.

Walaubagaimana pun, SPRM boleh menolak persepsi itu dan membenarkan pegawai penyiasat mereka direman untuk siasatan kerana merekalah orang terakhir yang bersama Beng Hock.

Kita kita mahu, masyarakat terus melabelkan ‘SPRM Pembunuh’. Perkara ini perlu diselesaikan secara telus dan SPRM kena bagi kerjasama.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan kita akan desak agar keadilan untuk beliau ditegakkan.

herman

No comments

Powered by Blogger.