kenyataan ustaz azizan berkaitan isu babi dan DAP keluar pakatan!

(Berita Harian Online 1/7/2009)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.

KOMEN:
Tindakan Ustaz Azizan ini nampaknya akan lebih menyukarkan UMNO dan BN untuk kembali berkuasa di Kedah.

Pusat penyembelihan Babi atau yang lebih tepat pusat cucuk Babi (sejak bila Babi disembelih?) yang telah wujud selama 30 tahun di Kampung Berjaya Alor Setar telah berjaya dirobohkan sedangkan UMNO dan BN yang berkuasa sebelum ini pun gagal merobohkannya.


No comments

Powered by Blogger.