Pelawaan Rasmi Kepada Saudara Affendi Yusof Untuk Berdebat

surat untuk afendi

Assalamualaikum wmt. wbr.



Assalamualaikum wmt. wbr.

Kepada,

Sdr. Mohd Affendi Yusof,

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,

PT 72, Seksyen 46,

Kampung Dusun Raja

16400 Kota Bharu, Kelantan.


Tuan,

PELAWAAN MENYERTAI DEBAT DENGAN WAKIL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PASIR MAS (DPPKPM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak kami dengan ini merujuk kepada kenyataan tuan di dalam akhbar Sinar Harian, 29 Jun 2009 dan Berita Harian, 30 Jun 2009 yang menyarankan agar YAB Menteri Besar Kelantan memasuki debat pra-kelayakan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu sebelum berdebat dengan YAB Perdana Menteri. Kenyataan tersebut juga disiarkan di laman web Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di alamat : http://www.pemudaumno.org.my

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput tuan agar dapat berdebat secara terbuka dengan wakil kami iaitu naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari di atas isu agama dan politik khususnya melibatkan pertembungan di antara UMNO dan PAS.

Jika pihak tuan bersetuju, tarikh, tempat dan kaedah perdebatan boleh ditentukan selepas ini. Kami boleh dihubungi di alamat di atas atau talian terus 019-9070868.

Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

“ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN”

Dengan hormatnya,

( MOHD SUAZHAR BIN ABDULLAH )

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas.

S.k : Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

No comments

Powered by Blogger.