Ketua Panglima Umno Kelantan Kena Cah Keting!
Ada ahli Umno ‘cah keting’ di Manek Urai
Oleh Samsuri Roslan
KUALA LUMPUR, Julai 15 — Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapha Muhamad dikatakan `kecewa’ dan ‘kurang senang’ dengan sikap sesetengah ahli Umno tempatan yang dikatakan tidak langsung membantu jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai lalu.
Difahamkan beberapa individu telah dikenalpasti tidak memberi kerjasama atau membantu sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini sehingga calon BN tewas dengan majoriti kecil 65 undi.
Seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disebut memberitahu, unsur ‘chah keting’ masih berlaku dalam pilihan raya kecil ini sehingga calon BN tewas. (Cah keting adalah tindakan menyepak kaki rakan sendiri dari belakang.)
“Tidak mustahil Mustapha akan menyerahkan nama kepada kepimpinan Umno Pusat untuk memecat individu ini jika ada bukti kukuh mereka melakukan sabotaj,” katanya.
Dia memberitahu lagi, keadaan ini turut berlaku dalam Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.
“Ada sesetengah individu yang tidak menjadi calon akan melakukan sabotaj sesama sendiri agar calon BN ini kalah. Inilah budaya yang masih berterusan di kalangan kepemimpinan Umno,” katanya.
Menurut beliau, keadaan menjadi lebih parah apabila individu terbabit berkelaluan seperti musang berbulu ayam dengan memberi sokongan secara tidak langsung kepada calon dari parti lawan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kepemimpinan tertinggi Umno mengadakan pelbagai program dalaman bagi mengukuhkan lagi jati diri dari kalangan ahli-ahli Umno terutamanya di peringkat kepemimpinan bahagian.
Sementara itu dalam kenyataannya kepada media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi kerana memberi sokongan bukan sahaja dari segi moral tetapi perlaksanaan jentera yang kukuh dan padu.
“Biarpun BN tewas dengan majoriti yang amat tipis namun semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para penyokong parti akan tetap diteruskan agar kesinambungan dapat diterus bagi kejayaan lain kali,” katanya.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan kecil Dun Manik Urai jadi petanda BN memenangi hati rakyat.
Katanya, walaupun tewas BN tetap meneruskan perjuangan dengan hati yang ikhlas.

No comments
Post a Comment