Kumpulan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno

Kumpulan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

No comments

Powered by Blogger.