Tahniah PAS Selangor! Inilah Pemerintahan Yang Dicari Oleh Rakyat!

PAS CALONKAN MASYARAKAT INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS PIHAK KERAJAAN TEMPATAN (PBT) DI SELANGOR.

PAS telah mencalonkan nama-nama pemimpin India sebagai ahli-ahli Majlis PBT. Sebagai satu usaha untuk mengiktiraf kebolehan mereka dan meyakini kemampuan mereka, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS. Terdapat beberapa orang lagi ahli-ahli Majlis yang masih belum dilantik oleh Kerajaan Negeri.

PAS bukan lagi sebuah parti yang hanya memikirkan kepentingan orang Islam dan orang Melayu sahaja. Pencalonan ini adalah satu bukti bahawa PAS memperjuangkan nasib semua kaum tidak mengira bangsa. Oleh itu, saya berharap Menteri Besar dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Selangor yang lain bersetuju dengan pencalonan-pencalonan itu.

Selain dari mereka masyarakat India, PAS juga telah mencalonkan nama-nama mereka yang aktif di dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pesuruhjaya 2
PAS Negeri Selangor
26 Julai 2009

http://iskandar56100.blogspot.com/2009/07/pas-calonkan-masyarakat-india-sebagai.html

No comments

Powered by Blogger.