66 Pelajar Cemerlang DUN Sri Muda Dirai

SHAH ALAM, 26 Julai - Perbelanjaan untuk tujuan pendidikan merupakan satu pelaburan yang tidak merugikan malah pulangannya adalah setimpal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Walaupun ADUN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat Selangor dihalang memasuki sekolah-sekolah dalam kawal selia kerajaan pusat, namun usaha untuk membantu para pelajar di negeri ini terus dilaksanakan.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri sudah memperuntukkan kira-kira 43 ribu ringgit untuk membiayai kelas tuisyen percuma kepada anak-anak negeri Selangor yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Keutamaan diberikan kepada pelajar yang ibu bapanya berpendapatan kurang dari 1,500 ringgit sebulan.

“Kita mengadakan pelbagai program pendidikan, bermula tahun 2009 ini, semua pelajar terutama sekali kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada 1,500 ringgit, kita menggambil satu inisiatif memberikan latihan ataupun tuisyen percuma kepada semua anak-anak ini.

“Pendidikan adalah satu bidang yang saya yakini bahawa banyak mana pun pelaburan atau kewangan yang terpaksa kita keluarkan ia akhirnya akan memberikan pulangan yang setimpal”, kata Shuhaimi.

Shuhaimi berkata demikian semasa Majlis Malam Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Sri Muda 2009 di Taman Sri Muda, Shah Alam malam tadi.

Pada majlis itu, Shuhaimi meraikan seramai 66 pelajar cemerlang dalam kawasan DUN Sri Muda daripada tiga peringkat iaitu UPSR, PMR dan SPM yang sudah berjaya pada peperiksaan tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.