Macam mana Thaksin berada di Malaysia tanpa pengetahuan Polis & Imigresen?

Laporan Malaysiakini yang bertajuk “Thaksin lolos cekupan polis KL” menimbulkan beberapa tanda tanya. Macam mana Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya Thaksin Shinawatra boleh memasuki negara ini tanpa pengetahuan pihak Polis dan Imigresen.

Setahu saya, setiap orang asing yang keluar masuk dinegara ini akan diperiksa dan direkodkan oleh pihak Imigresen di pintu masuk sempadan atau pun lapangan terbang dan pelabuhan.

Lagi pelik, macam mana beliau boleh menginap di Shangri-La tanpa diketahui oleh Polis Malaysia. Adakah pihak Shangri-La pun tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu.

Paling memalukan apabila pihak Kedutaan Thailand di Malaysia pula yang dapat menghidu kehadira beliau yang kemudiannya membuat laporan Polis untuk menahannya. Malangnya macam mana maklumat dari kedutaan itu boleh bocor.

Apa yang berlaku ini bukannya perkara kecil kerana ia melibatkan soal;

1. Hubungan baik Malaysia-Thailand yang selepas ini mungkin rosak & Thailand akan hilang kepercayaan pada Malaysia.
2. Sistem keselamatan dalam negara. Dimana orang asing boleh keluar masuk dengan bebas tanpa diketahui oleh pihak Imigresen dan Polis.
3. Hotel-hotel di Malaysia pula akan dianggap tidak selamat kerana boleh membenarkan orang yang dikehendaki bebas menginap di hotel mereka. Nasib baik ianya Thaksin, kalau orang itu pengganas macam mana? Adakah kerana nak untung mereka tutup mulut-tutup mata atau tidak mahu ambil tahu?


http://syukran.wordpress.com/2009/07/06/macam-mana-thaksin-berada-di-malaysia-tanpa-pengetahuan-polis-imigresen/

No comments

Powered by Blogger.