MU: Berentap kali kedua malam ini: Tiket macam goreng pisang
Peminat cilik MU dari Jakarta. Foto: AP
KALAH 2-3 kepada Manchester United bukan kata penamat buat bola sepak Malaysia.Aksi hangat kelmarin dijangka lebih panas pada pertemuan kedua yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini susulan pembatalan siri Jelajah United ke Indonesia gara-gara serangan bom di negara itu.
Semalam sahaja, sebanyak 15,000 tiket perlawanan kedua Manchester United menentang Pilihan Malaysia dijual dalam tempoh beberapa jam selepas kaunter tiket dibuka.
Ribuan peminat bola sepak beratur panjang sejak pukul 12 tengah hari semalam untuk membeli tiket berharga RM308 dan RM58 menyaksikan perlawanan ulangan Pilihan Malaysia-Manchester United.
Tinjauan Utusan Malaysia di kaunter tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati ramai peminat terpaksa pulang kehampaan kerana tiket habis dijual dalam masa yang singkat.
Bagaimanapun, stok tiket tambahan akan dijual kembali pukul 12 tengah hari hingga 7 malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro Event, promoter Jelajah Asia United, Julian Kam ketika dihubungi berkata, jualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil dan cawangan Rock Corner setakat semalam mencatat jualan 15,000 tiket. / Utusan
No comments
Post a Comment