Najib Altantuya: Jangan Menjerebukan Mata Rakyat

Satu Malaysia tertipu dengan berita penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan Kabinet petang semalam. Kerana terlalu ghairah, ingat kerajaan bermurah hati, tetapi rupa-rupanya ada unsur menjerebukan mata rakyat.

Suruhanjaya Diraja tidak ada kaitan dengan punca kematian Teoh Beng Hock yang ingin diketahui oleh rakyat. Sebaliknya inkues yang menyiasat punca kematian Teoh. Sedangkan kuasa inkues terbatas. Oleh itu, siasatan Suruhajaya Diraja patut merangkumi punca kematian Teoh sekali. Namun, ternyata ada mainan silap mata dalam keputusan Kabinet.

Oleh hal demikianlah, Majlis Peguam berharap Suruhanjaya Diraja akan turut menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata kuasa inkues yang diketuai seorang majistret bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.

Majistret hanya bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior. Koroner tidak boleh mengarahkan agar siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

Satu Malaysia akan tertipu lagi seandainya tidak berfikir secara matang. Namun ini tidak ada kaitan dengan gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar rakyat Malaysia rajin berfikir. Rakyat Malaysia malas berfikir?

Jangan keliru. Rakyat Malaysia tidak malas berfikir, cuma mereka tidak berfikir mengikut acuan media perdana yang dimiliki kerajaan BN. Dahulu tidak timbul soal rakyat Malaysia malas berfikir kerana fikiran mereka senang diarah mengikut telunjuk kerajaan. Sekarang rakyat Malaysia sudah matang. Mereka menggunakan pendekatan pemikiran literal yang tidak mudah ditipu oleh pihak tertentu.

Rakyat mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh adalah bukti bahawa rakyat tahu berfikir. Apabila siasatan Suruhanjaya itu tidak merangkumi kematian Teoh seperti diharapkan, sekali lagi rakyat melahirkan perasaan tidak berpuas hati. Rakyat mendesak kerajaan meletakkan kematian Teoh di bawah kuasa Suruhanjaya Diraja. Ini bukti bahawa rakyat bukan sahaja tahu berfikir bahkan bijak berfikir.

Akhir sekali, saya berharap kerajaan berlaku adil dan tidak cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat. Siapalah kerajaan tanpa rakyat.

1malaysia

No comments

Powered by Blogger.