Peruntukan PPRT gagal jika Ketua-Ketua UMNO Bahagian memperlalatkannya untuk pengaruh politik


CYBERJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menubuhkan pasukan khas atau "Flying Squad" bagi memantau pelaksanaan projek perumahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pasukan khas tersebut diberi tanggungjawab memastikan projek perumahan itu berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan bagi memenuhi keperluan masyarakat. "Kita nak melihat dari segi keberkesanan bukannya dari segi kelemahan mana-mana pihak (dalam menjayakan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan ahli exco luar bandar (Mexclub), di sini, Khamis.
Mohd Shafie berkata pasukan khas itu akan mengkoordinasi agensi peringkat negeri bagi mencapai matlamat tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra). -- BERNAMA


AS I SEE IT: Bercakap isu PPRT ini bukan satu perkara yang baru. Isu ini tidak akan selesai selagi pemimpin yang dilantik rakyat dan pemimpin JKKP mengamalkan sikap tamak, haloba dan menyeleweng.

Selagi projek-projek PPRT ini diperlalatkan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua-Ketua UMNO Cawangan, penyelia-penyelia Kemas untuk mencari pengaruh politik mereka selagi itulah isu PPRT ini tidak akan selesai.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan berpakat dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang pro mereka sahaja untuk menyalurkan bantuan PPRT seperti saudara-mara mereka, kroni-kroni yang menyokong mereka sahaja.
Rakyat-rakyat yang betul-betul daif dan layak diabaikan kerana tidak menyokong mereka.

Shafie Afdal mesti berani dan tegas supaya peruntukan PPRT tidak disalurkan atau diuruskan melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian khasnya negeri-negri yang diperintah pembangkang, walaupun kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan terjejas.

Jangan percaya kepada sumber-sumber data PPRT dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan cawangan atau penyelia-penyelia Kemas yang aktif dalam politik.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.