Negara Kita Sakit

Seorang mati selepas penyiasatan SPRM. Ia mengingatkan kita bagaimana BPR dulunya, dan kini SPRM terlibat dalam hal2 yang bersifat memerangkap sasaran. Bukan saja orang parti politik pembangkang, tapi orang UMNO pun pernah kena. Sampai sekarang dakwaan pemuda UMNO Pahang bahawa dia dibelasah dan SPRM mahu dia mengaku sebagai orang tengah Datuk Norza untuk merasuah perwakilan (yang akhirnya menyebabkan YB Khairy menang). Hasilnya Datuk Norza tak dibenarkan bertanding Majlis Tertinggi.

Memang siasatan polis itu hasilnya kemudian. Tapi orang ramai ada hak untuk spekulasi kerana kes kematian dalam tahanan polis termasuk yang terkini - Kugan - jelas menunjukkan ada bangkai yang dilindungi dalam sistem yang berlangsung kini.

SPRM mengatakan mereka tidak ada CCTV, masuk akalkah? Apakah prosedur soal-siasat dari jam 5 hingga jam 3.45 pagi itu waras, lebih2 lagi kepada bukan suspek? Dan apakah kewarasan pula apabila selepas kematian, si mati bertukar menjadi suspek? Tidakkah Ketua Pengarah SPRM ini sedar kata2 beliau akan memakan dirinya sendiri - bahawa bila mangsa adalah suspek, keselamatannya lebih mengaitkan SPRM dalam hal ini.

SPRM tidaklah secekap ini dalam banyak laporan terhadap salah laku dan rasuah dalam kerajaan. Kes kapal selam yang tidak timbul2 lagi dan menyebabkan usahawan dinaungi kerajaan lari ke luar negara bersama ratusan juta belum selesai. Menteri Pertahanan masa itu telah menjadi Perdana Menteri pun! Tapi bayaran dah lulus bayar habis! Kes permit teksi, kes PKFZ dan macam2 lagi.

Aku masih ingat bila Ezam dipenjara di bawah Akta OSA. Itu beerti dokumennya sahih. Sejak bila dokumen sahih bila dicop rahsia rasmi maka salah guna kuasa dan rasuah itu jadi halal?

Negara kita sakit!

Apapun, petang tadi aku hadir dalam sidang meja bulat PPSMI. Menarik dan aku akan tulis tentangnya. Kami datang dengan perspektif beza, tapi penyelesaian yang sama.

http://becok.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.