Tak wajar dipolitikkan ?- NGO. Tanya NGO ke Tanya UMNO Sebenarnya? Utusan Ngok!
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang menegaskan, ketika ini semua pihak mesti membuang prasangka atau prejudis kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan terbaik dapat dilakukan.
Katanya, semua pihak sepatutnya bekerjasama dengan pihak berkuasa memastikan kelancaran siasatan bagi mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock.
"Saya sarankan pembangkang jangan eksploitasi kes kematian ini, ini boleh mencetuskan keadaan tidak baik kepada ketenteraman awam selain mereka sendiri juga berdepan tindakan Akta Hasutan dan sebagainya kerana menghasut.
"Sebagai bekas wakil rakyat, saya minta ahli politik jangan sesekali bertindak di luar undang-undang termasuk buang sikap prejudis dan prasangka," katanya yang juga peguam di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Radzi Mustafa membidas sikap sesetengah ahli politik yang menangguk di air keruh di dalam isu ini.
Katanya, sepatutnya mereka harus tahu bahawa bukan semua isu patut dipolitikkan seperti kes kematian Beng Hock yang harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang.
"Memang kita faham ramai yang marah tetapi tunggulah proses siasatan. Kita mahu semua pihak bertenang agar suasana begini tidak mewujudkan senario yang tidak baik kepada politik dan negara," jelasnya.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin juga berharap pihak yang berkenaan berhenti mempolitikkan isu ini.
"Kita harus lihat dari kerangka yang luas. Tiada siapa mahu insiden seperti ini berlaku lebih-lebih lagi pihak berkuasa. Mereka cukup takut kalau ada yang mati ketika dalam tangan mereka.
"Sebab itu biar polis jalankan siasatan sewajarnya sebelum kita nak hukum apa-apa," ujarnya- utusan
lawak betul la. kata ngo. tapi aku tengok nama kat atas tu puak umno belaka? aiya.. ini kerja punya utusan!

No comments
Post a Comment