Pemuda PAS alu-alukan usaha kerajaan pusat

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Julai 22 — Kerajaan PAS Kelantan tidak pernah menafi segala bentuk inisiatif mana-mana pihak dalam usaha menaikkan taraf kehidupan rakyat negeri ini.

Oleh itu peruntukan hampir RM3 juta daripada kerajaan pusat bagi melaksanakan projek pembangunan termasuk membaik pulih rumah penduduk miskin di Manek Urai selepas pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai Julai 14 lalu disambut baik Pemuda PAS Kelantan.

Ketua Dewan pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman menegaskan, kerajaan pusat sepatutnya tidak menunggu musim pilihan raya untuk memberi perhatian soal pembangunan di kawasan Manek Urai.

Sebaliknya Abdul Latiff memberitahu, sepatutnya sejak dari dulu lagi kerajaan pusat memberi tumpuan dalam usaha membangunkan kawasan Manek Urai berdasarkan kawasan tersebut adalah di bawah pentadbiran Kesedar.

“Kita menyambut baik hasrat itu. Sepatutnya sejak dari dulu lagi perhatian seumpama ini perlu diberi perhatian kepada penduduk Manek Urai. Kerana itu memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamed.

Kelmarin Mustapa di dalam kenyataannya berkata kerajaan pusat akan memperuntukan sebanyak RM2 juta untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan Manek Urai termasuk membaiki rumah, penurapan jalan di samping kemudahan-kemudahan asas lain.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bercadang menyediakan peruntukan RM3,000 setiap keluarga miskin untuk membaiki rumah selain RM30,000 untuk membina rumah baru.

Bagi pihak PAS, Abdul Latiff berharap kerajaan pusat bersikap lebih telus dan profesional dalam mengagehkan bantuan atau sumbangan dari jumlah peruntukan itu kepada golongan berkelayakan tanpa mengira fahaman politik.

Beliau kecewa berdasarkan pengalaman lepas peruntukan seumpama ini hanya berpihak kepada penyokong Umno dan penyokong PAS dinafikan sama sekali sedangkan keadilan profilenya menunjukkan mereka adalah lebih layak menerima bantuan kerajaan.

Sementara itu, pada satu perkembangan yang lain, Umno - Barisan Nasional (BN), pada PRK DUN Manek Urai Julai 14 lepas dikatakan telah berjaya melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya menguasai peti undi Laloh yang menjadi tradisi kubu kuat PAS.

Bendahari peti undi Laloh bagi jentera BN, Jaafar Bakar, melaporkan pada PRK tersebut BN menang dengan majoriti 68 undi berbanding sebelum ini peti undi berkenaan tidak pernah memihak kepada BN.

Sehubungan itu beliau memohon supaya Umno cawangan Lela Jasa dinaikkan taraf sebagai satu kawasan peti undi pada pilihan raya akan datang berdasarkan kapasiti pengundi melebihi 300 telah melebihi syarat untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata, perkara itu sudahpun dimaklumkan kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman, untuk tindakan selanjutnya.

No comments

Powered by Blogger.