Rasuah Pilihanraya BN, Pemuda Pas Kelantan buat laporan polis

KUALA KRAI - Dewan Pemuda Pas Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Barisan Nasional (BN) kerana didakwa memberikan rasuah dan sogokan wang pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Selasa lepas.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/bagipitihrumahkayu.jpg



Bernama melaporkan, ia dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin bersama-sama Naib Ketua Pemuda Pas negeri, Hisyam Fauzi yang juga seorang peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini, pada 11.20 pagi, semalam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/bagipitihrumahkayu.jpgKetua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman yang turut mengiringi Mahadi berkata, laporan dibuat supaya polis menyiasat kejadian sogokan wang yang didakwanya oleh BN di sebuah rumah kayu dalam premis Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), dekat Peria, 14 Julai lalu. (Gambar - Rumah kayu berkenaan, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini)

Ia adalah ekoran pendedahan, Mafrel, sebuah organisasi Pemantau Pilihanraya yang telah pergi ke rumah kayu itu bersama anggota polis pada jam 11.30.

Akhbar Internet malaysiakini mendedahkan pemilik rumah kayu itu membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik itu dilaporkan berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel yang hadir mengatakan beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

No comments

Powered by Blogger.