Selamat Pulang Sheikh Najib Ke MAlaysia!

JEDDAH, 20 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke tanah air Isnin selepas lawatan kerja lima hari ke Arab Saudi termasuk menemui Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan pavilion diraja di lapangan terbang antara bangsa Raja Abdul Aziz, di sini, pada 10.20 pagi (waktu Malaysian: 3.30petang) dengan pesawat khas.

Pada mulanya, lawatan itu dijadualkan empat hari sejak Khamis lepas tetapi Najib melanjutkan lawatan itu bagi memenuhi jadual lawatan baru.

Dalm perjalanan pulang, Perdana Menteri akan berhenti di Abu Dhabi untuk menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan atas jemputan peribadi baginda.

Semasa lawatan rasmi di Arab Saudi, Najib menghadap Raja Abdullah di istana baginda, di sini.

Hubungan erat antara kedua buah negara dan para pemimpin ditunjukkan semasa majlis menghadap yang pada mulanya dijangka berakhir setengah jam telah berlanjutan sehingga lebih sejam.

"Saya tidak menjangka majlis menghadap itu berlanjutan lebih sejam 15 minit kerana pada asalnya ia dijadualkan selama setengah jam sahaja. Ia berakhir apabila seorang daripada pembantu Raja (Abdullah) memberitahu baginda bahawa waktu solat Maghrib hampir menjelang tiba.

"Bukan senang untuk menghadap baginda Raja Abdullah," kata Najib.

Mereka membincangkan isu kepentingan bersama seperti ekonomi, pelancongan dan keagamaan dan begitu juga antarabangsa.

Raja Abdullah telah membayangkan bahawa Arab Saudi mungkin memainkan peranan yang lebih aktif dalam perbankan Islam, khidmat dan produk Islam dan ekuiti di Malaysia berikutan langkah terbaru liberalisasi dalam ekonomi Malaysia.

Semasa lawatan kerja itu, Najib dan Rosmah bersama-sama dengan rombongannya mengerjakan ibadat umrah di Mekah pada Sabtu.

Najib juga mengambil kesempatan untuk melawat restoran milik Felda, Saji, yang terletak berdekatan Masjidil Haram, Mekah, sebelum menunaikan umrah.

Perdana menteri juga melawat kemudahan mengerjakan haji di Mekah sebelum menyertai rakyat Malaysia yang menetap di sini untuk jamuan tengah hari, semalam.

Pengerusi dan Presiden Bank Pembangunan Islam (IDB) Dr Ahmad Mohammed Ali juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib di sini, semalam.

Najib juga mengadakan majlis dialog dengan wakil Malaysia di sekretariat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan juga IDB dan begitu juga Kelab Malaysia-Jeddah dan ahli perniagaan Malaysia yang beroperasi di negara ini. Dialog itu diadakan di sini.

Di Madinah, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi dan melawat makam Nabi Muhammad S.A.W. yang terletak di dalam masjid itu.

-- BERNAMA

fuh... sejuk rasa malaysia apabila imam besar balik. Rosmah pakai tudung apa? nak tengok Gambar rosmah yang Terbaru la kahkahkah..

No comments

Powered by Blogger.