Berita Pelik Tapi Benar Oleh Rais Yatim

Penubuhan Suruhanjaya Diraja Boleh Hilangkan Keraguan Rakyat - Rais

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, boleh menghilangkan keraguan rakyat memandangkan keputusan siasatannya akan dinilai lebih tinggi daripada siasatan pihak lain.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata permohonan untuk diadakan Siasatan Diraja itu seharusnya disokong oleh semua pihak.

"Sebagai anggota Kabinet saya tidak akan membantah cadangan ini kerana berpendapat mungkin inilah satu daripada bidang pentadbiran yang adil yang boleh disertai pelbagai pihak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin.

Beliau mengulas permintaan keluarga mendiang Teoh dan gesaan pembangkang dan beberapa parti politik termasuk MCA dan MIC supaya ditubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan penyiasatan kes kematian Teoh dilakukan secara telus dan profesional.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan Exco kerajaan negeri Selangor.

Berhubung tindakan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan kes itu, Rais berkata mereka seharusnya memberi peluang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menyediakan laporan mereka.

Beliau berkata kes itu tidak harus dijadikan mainan politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menzahirkan pandangan serong terhadap undang-undang negara.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata penubuhan suruhanjaya itu relevan untuk dilaksanakan dan dapat mengelakkan isu itu daripada dimanipulasi pihak tertentu terutamanya pembangkang.

"Saya bersetuju dengan suruhanjaya ini. Kalau tidak pembangkang akan gunakan isu itu. Siasatan yang dijalankan kerajaan, saya yakin mematuhi segala bentuk peraturan dan hanya akan diputar belitkan sekiranya ia (penubuhan suruhanjaya) tidak dipenuhi," kata Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan selepas sesi pemanas badan penubuhan pasukan ragbi Pemuda Umno di sini.

Beliau berkata siasatan SPRM terhadap beberapa Exco kerajaan negeri Selangor berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri tidak sepatutnya terhenti hanya ekoran terdapat kematian.

"Untuk menghentikan siasatan kepada exco kerajaan negeri Selangor tak ada kena-mengena dalam kes ini. Jadi jangan dialihkan tumpuan hanya kerana ada satu kematian dalam siasatan menyebabkan perkara pokok iaitu siasatan dakwaan salah laku Exco dialih pandangan pula," katanya.

-- BERNAMA

Boleh jadi menteri la mamat ni. heran betul la aku!

1 comment

Cerita Kita said...

Tidak ada maananya kalau ditubuhkan Suruhanjaya pun. Sedangkan Hakim Mahkamah Negara boleh dirasuah, inikan pula Suruhanjaya!!! Ceh!

Powered by Blogger.