Ulasan Ringkas Politik Malaysia - La
Umno telah membuka lembaran baru sebaik sahaja mereka tewas bergaya di Manik Urai. Menerusi media mereka memukul canang mendabik dada mendakwa sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat semakin menurun, kononnya ini adalah bukti sahih penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Al-Malikultuya.
Sedang Umno bersiap siaga untuk membuka cerita 'Analisis Pilihanraya Manik Urai' yang pastinya loya lagi memualkan, tiba - tiba 1Malaysia gempar dengan kematian seorang setiausaha politik exco DAP.
Kisah - kisah 'Umno Menang Moral di Manik Urai' terpaksa dihumban ke bakul sampah. Cerita dongeng Umno sudah tidak laku. Tiada siapa yang ambil pot dengan khayalan melankolik Umno di Manik Urai. Sekarang semua mata tertumpu ke arah SPRM.
Momentum Pakatan Rakyat yang pada mulanya dilihat menurun pasca Manik Urai tiba - tiba meningkat semula -- terima kasih di atas solidariti semua pihak dalam membela kematian penuh tragis Teoh Beng Hock.
Semoga dengan peristiwa Manik Urai dan kematian Teoh, pemimpin komponen Pakatan mampu menilai semula mana isu penting dan mana isu remeh temeh.
Penulis Tamu

No comments
Post a Comment