EGM MCA : Pengundi Cina Di Bagan Pinang dapat mesej tolak Isa Samad
Oleh : Wartawan DetikDaily
“Saya menjangkakan bahawa keputusan EGM MCA petang tadi (10 Oktober) akan mempengaruhi undi masyarakat berketurunan Cina pada siang hari esok”, kata Setiausaha Agung Pembela yang merupakan sebuah Ngo di Kedah.“Alasannya amat mudah, iaitu orang-orang Cina (MCA) telah memberi hukuman kepada pemimpin mereka walaupun ia bertaraf seorang presiden dan timbalan presiden parti kerana telah melakukan kesalahan ataupun terpalit dengan skandal seperti rasuah, seks dan gaya kepimpinan yang tidak menarik, kata Basir lagi.
Basir berkata, pastinya sentimen di atas keputusan perwakilan MCA dalam EGM siang tadi akan mempengaruhi pengundi di sana, sekaligus mereka akan menterjemahnya melalui peti undi pada hari esok dengan memilih calon dari Pas”.
Di mana, menurut laporan media yang dipetik berhubung keputusan tiga usul dalam EGM MCA yang berlangsung siang tadi bahawa para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat dan kedua Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden parti.
Jika hal ini diteliti dengan fikiran yang kritis maka jelaslah mereka (perwakilan MCA) yang bersidang hari ini telah mengambil satu keputusan yang bijaksana dan berani, sekaligus menghantar mesej yang jelas khususnya kepada para pengundi berketurunan Cina di Bagan Pinang supaya mengikut jejak langkah menolak calon Umno/Bn, Isa Samad yang didapati bersalah terlibat dalam kes rasuah ketika perebutan jawatan tertinggi Umno beberapa tahun lalu.
Hakikatnya, tidak ada lagi kompromi atau beri muka kepada mana-mana individu yang melakukan rasuah dan rendah moral. Itulah yang berlaku dalam EGM MCA hari ini. Keputusan para perwakilan MCA hari ini sekurang-kurangnya ia membawa kepada dua mesej jelas, iaitu, pertama, mereka tidak mahu kepada pemimpin yang terpalit dengan skandal rasuah seperti yang terjadi ke atas presiden parti mereka berkaitan isu PKFZ. Dan keduanya ialah mereka juga tidak mahu para pemimpin mereka dikalangan yang tidak bermoral seperti isu videa seks yang melibatkan timbalan presiden mereka.
Bagi mereka dua pemimpin tertinggi yang hilang tidak akan memberi kesan kepada imej dan raputasi parti, sebaliknya ia adalah suatu tindakan berani dan wajar kerana mereka ingin memulihkan keyakinan dan sokongan orang-orang Cina kepada parti mereka.
Berbalik kepada isu hari pengundian yang akan berlangsung esok, jika para pengundi Cina mendapat mesej yang cuba disampaikan oleh perwakilan MCA hari ini pastinya ahli-ahli MCA dan pengundi berketurunan Cina di Bagan Pinang akan memberi undi mereka kepada calon Pas.
Marilah kita berdoa supaya para pengundi Cina di Bagan Pinang mengambil semangat dan kesungguhan para perwakilan MCA pada hari ini menolak Isa Samad iaitu seorang calon yang rasuah bertanding di Bagan Pinang. Inilah masanya mereka (para pengundi) menghukum Isa Samad, calon Umno/Bn yang bertanding di situ kerana ia adalah seorang pelaku rasuah yang telah didapati bersalah oleh partinya sendiri.
Takbir….

No comments
Post a Comment