Pengundi Luar Bersedia Balik Esok Untuk Tolak Perasuah!
Semalam dalam The Star, mantan PM kita, Dr Mahathir Mohamad telah menasihatkan para perwakilan MCA ke EGM mereka hari ini, supaya memilih pemimpin yang benar-benar bersih. Dia berpendapat, inilah caranya untuk memulihkan semula keyakinan kaum Cina terhadap MCA yang sememangnya sedang ditolak oleh kaum mereka sendiri.
Perpecahan yang berlaku dalam MCA akibat pelbagai skandal dan perebutan kuasa, telah memburukkan lagi imej MCA yang telah menerima tamparan hebat dalam PRU 12 yang lalu. Penolakan kaum Cina terhadap MCA begitu ketara sekali. Mereka mula memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dan ini, tidak baik.. kerana sebagai rakan kongsi dalam BN, ia memberi gambaran yang BN sedang goyah dan menuju kehancuran.
Apa yang penting di sini ialah mesej yang cuba disampaikan oleh Mahathir Mohamad iaitu pilih pemimpin yang bersih. Apakah dia cuba memberi signal betapa pentingnya memilih seorang pemimpin yang bersih terutama sekali menjelang PRK N31 Bagan Pinang. Semua tahu yang sejak awal lagi dia dengan secara terang-terangan telah mengesyorkan agar Isa Samad tidak dipilih sebagai calon bagi N31 Bagan Pinang kerana mempunyai rekod disabitkan dengan rasuah politik. Imej yang dibawa oleh Isa Samad ialah imej RASUAH.
Sekiranya Isa Samad menjadi calon, maka ini dengan sendirinya akan memburukkan imej UMNO yang mewar-warkan kononnya mahu bebas daripada gejala rasuah politik. Namun, saranan Mahathir tidak diendahkan dan Isa Samad dipilih juga menjadi calon bagi N31 Bagan Pinang. Dan… nasibnya akan ditentukan oleh para pengundi Bagan Pinang esok, 11 Oktober 2009. Terkuburkah Isa Samad atau dia akan membuat satu ‘comeback’?
Namun, apa yang menarik hari ini ialah keputusan yang dibuat oleh para perwakilan MCA di EGM yang telah diadakan. Satu keputusan yang dramatik!! Kedua-dua pemimpin yang bertelagah telah kalah. Chua Soi Lek, walaupun diterima semula ke pangkuan MCA tetapi hilang jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA. Undi tidak percaya atas kepimpinan Ong Tee Keat sebagai Presiden MCA juga telah diluluskan oleh para perwakilan.
Daripada keputusan tersebut, nampak gayanya, para perwakilan MCA telah menyahut saranan dan nasihat Dr Mahathir untuk menolak pemimpin yang tidak bersih. Kedua-dua, Presiden dan Timbalan Presiden telah mereka gugurkan dengan harapan kiambang yang terpisah dalam MCA akan bertaut semula dan MCA dapat kembali semula ke pangkuan kaum Cina.
Apa yang penting dapat kita lihat dalam senario politik MCA ialah kesediaan para perwakilan MCA menolak pepimpin mereka yang bermasalah dan tidak bersih, tanpa mengira jawatan yang disandang. Inilah cara berpolitik yang matang, yang ditonjolkan oleh orang Cina. Apa yang penting ialah parti kembali kukuh. Persoalannya, apakah MCA akan menjadi kukuh dan tidak bergolak lagi??
Semua ini berlaku menjelang PRK N31 Bagan Pinang. Para pengundi di Bagan Pinang yang akan keluar mengundi esok, mesti mengambil iktibar daripada apa yang telah dilakukan oleh para perwakilan MCA di EGM petang tadi. Mereka telah memberi signal yang jelas. Mereka telah MENOLAK PEMIMPIN YANG TIDAK BERSIH!! Lantaran itu, gunakan hak politik anda secara matang dengan MENOLAK ISA SAMAD CALON RASUAH daripada UMNO/BN.
Esok adalah hari mengundi. Ini merupakan peluang untuk pengundi-pengundi Bagan Pinang untuk membuktikan bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih.
Terdapat sekitar 5,000 pengundi Bagan Pinang menetap diluar. Ada yang bekerja di Kuala Lumpur, Nilai, ataupun Senawang. Dan esok adalah hari Ahad, hari cuti.
Gunakanlah peluang untuk kembali mengundi dan menunaikan tanggungjawab kita untuk menolak pemimpin yang terpalit dengan skandal dan rasuah.
Ahli-ahli MCA telahpun menunaikan tanggungjawab mereka dengan menolak pemimpin yang terlibat dengan skandal dan rasuah. Dan sekarang adalah masa untuk pengundi Bagan Pinang, untuk membuktikan bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab moral untuk dilaksanakan.
Selamat mengundi!!
m3m

No comments
Post a Comment