EGM MCA: Pihak Ketiga Senyum
Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.
Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak.
Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.
Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.(Malaysiakini)
Krisis MCA belum tamat. Ini baru permulaan yang hebat. Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek tentu berpuas hati kerana dengan keputusan perwakilan yang masih “sayang” kepada meraka. Sayang anak ditangan-tangankan, sayang pemimpin direhat-rehatkan. Sayang Ong diberi undi tidak percaya. Sayang Chua dikekalkan keputusan pemecatannya. Kulum jari sendirilah jadinya.
Barangkali sekarang kedua-duanya sedang memerah otak memikirkan “peperangan” yang bakal tercetus selepas ini.
Salah seorangnya, Ong Tee Keat atau Chua Soi Lek bakal “dibunuh” dengan kejam. Atau mungkin juga kedua-duanya “dibunuh” serentak untuk memberi laluan kepada orang baru – orang ketiga yang beruntung.
Ini perkembangan yang sihat kepada BN. Ini harapan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN agar MCA akan menjadi lebih kuat selepas EGM. Pasti hebat sekiranya selepas ini kedua-dua pihak yang bertelagah disingkirkan dan kepimpinannya diambil alih orang lain yang tidak bertelagah.
Persoalannya, masih adakah orang yang berkecuali, atau tidak memihak? Sekiranya dilihat sepintas lalu, tiada seorang pun pemimpin atasan MCA yang berkecuali dalam krisis Ong – Chua ini.
Jadi, pemimpin baru belum menjamin krisis dua kumpulan ini akan berakhir?
Senyum-senyumlah PR kerana akan ada keuntungan yang bakal dikutip daripada krisis MCA ini.
satu malaysia

No comments
Post a Comment