Ada Pihak Mahu Isa Kalah ?

Oleh WakDol

Kes serangan terbaru oleh sekumpulan pemuda yang dikatakan memakai baju BN terhadap petugas PAS pada beberapa hari yang lalu sedikit mengatangkan kegusaran kepada orang yang boleh berfikir secara logik. Lazimnya, kalau di saat-saat akhir menjelang hari pengundian pada 11 Oktober nanti, parti-parti yang bertanding akan sentiasa berhati-hati apabila tiba di fasa akhir kempen ini kerana sebarang kecuaian, kesilapan atau salah laku pasti mengurangkan jumlah pengundi yang ingin mengundi mereka.


Tiba-tiba, sekumpulan pemuda tadi telah bertindak sebaliknya dengan membuat huru hara di markas induk pemuda PAS. Sudah tentulah bagi orang yang berfikiran waras termasuk orang UMNO sekalipun pasti akan mengeluh kerana kejadian tersebut sedikit sebanyak mengganggu tumpuan mereka yang di atas pagar untuk mengundi BN.
Yang cantiknya, sebelum hari penamaan calon lagi, sudah ada pihak-pihak yang menentang pencalonan Isa sebagai calon BN di Bagan Pinang ini seperti Tun Dr M dan Ketua Pemuda UMNO atas sebab-sebab seperti tidak mahu bekas calon rasuah ataupun seperti MB N9 yang tak mahu hidup di bawah bayang-bayang Isa. Maka, kewujudan Kem Ke2 yang menentang Kem Isa sudah tentu sesuatu yang tidak mustahil berlaku.
Namun, bila nama Isa dicalonkan sebagai calon BN, semuanya terpaksa akur. Ini arahan dari pihak atasan. Mau tak mau kena terima walaupun hati sedikit kecewa ataupun merajuk macam TDM yang tak mau berkempen untuk Isa di Bagan Pinang. Maka, tindakan pemuda berbaju BN itu sedikit sebanyak terpercik juga ke muka Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO. Adakah mereka menerima arahan dari seseorang supaya berbuat demikian supaya imej Isa tecemar selaku calon BN? Kelewatan tindakan polis juga boleh disangsikan seolah-oleh ada wujud pakatan bagi menghalalkan tindakan tersebut.
Namun, imej BN yang semakin hari semakin malap makin bertambah berjerebu hasil tindakan sekumpulan pemuda tersebut. Sudah tentu ada pihak yang bergembira jika Isa kalah nanti. Siapakah mereka?
WAKDOL

No comments

Powered by Blogger.