Isu E-Undi: Berdebat jika Khaled masih ‘tidur-tidur’

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) dimaklumkan akan menyediakan pentas perdebatan antara mahasiswa dan Datuk Khaled Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.

Hal ini berikutan tidak ada jawapan dan respon balas daripada menteri berkenaan atas persoalan yang diajukan oleh gabungan tersebut terhadap sistem pengundian elektronik (E-Undi).

Khaled semasa ditemui wakil BANTAH pada 11 Okt lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dimaklumkan akan menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan mahasiswa terhadap sistem pengundian berkenaan dalam masa terdekat.

Namun beliau gagal menjawab, lalu diberikan masa 3 hari lagi untuk menyediakan jawapan.

Walaubagaimanapun, beliau tetap gagal memberikan sebarang respon yang ditimbulkan oleh gubungan mahasiswa berkenaan walaupun selepas diberi memorandum dan kajian lengkap berkenaan kelemahan sistem pengundian E-Undi.

aizat

Ketika dihubungi, Mohd Aizat Salleh, pengerusi dan koordinator gabungan mahasiswa tersebut bertegas untuk terus menekan KPT bagi mendapatkan jawapan dan respon balas terhadap memorandum dan kertas kajian mereka.

“Kami (BANTAH) akan panggil Khaled berdebat jika beliau masih ‘tidur-tidur’,” ujar beliau.

Terdahulu, BANTAH yang menggabungkan lebih 18 organisasi mahasiswa sebulat suara untuk menolak penggunaan sistem penggundian elektronik E-Undi bagi pilihanraya kampus (PRK) akan datang.

Aizat semasa mengulas semalam memaklumkan telah membuat kajian berkenaan kelemahan sistem tersebut disamping perbandingan sistem sedia ada yuang dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Multimedia (MMU).

Dalam pada itu, di Universiti Malaya (UM), ada dakwaan yang menyatakan wujud pertelingkahan antara Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan pengurusan kampus tersebut berkenaan pengurusan sistem terbaru itu.

PTM sebagai pengendali sistem didakwa “sudah kurang yakin dengan pengurusan kampus”.

Laporan lanjut akan menyusul.-mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.