‘Khaled mesti beri jawapan esok, jangan mungkir janji’

’(Datuk) Khaled Nordin mesti beri jawapan beliau tentang e-voting esok dan jangan mungkir janji’, demikian kenyataan Mohd Aizat Saleh, pengerusi dan koordinator Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH).

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas memberikan tempoh tiga hari bermula kelmarin kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan bagi menjawab persoalan gabungan mahasiswa itu terhadap sistem pengundian e-undi.

BANTAH yang telah menyerahkan memorandum kepada Khaled pada 11 Okt lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendesak agar sistem pengundian e-undi dimansuhkan berikutan pelbagai elemen ketidaktelusan telah dikenal pasti dalam sistem berkenaan.

baruMenteri tersebut pula menolak untuk menjawab soalan berkenaan sistem tersebut secara spontan, namun berjanji akan mengkaji sistem tersebut dan memberi maklum balas.

“Kami sudah menjalankan kajian, perbincangan bersama pakar dan perbandingan sistem e-undi di kampus-kampus lain seperti UIA dan MMU, secara dasarnya, ketidaktelusan sememangnya wujud dan boleh dimanipulasi,”tambah Aizat Salleh.

BANTAH juga akan menekan KPT untuk memberi jawapan dan maklumbalas tersebut dengan pelbagai cara jika tidak dilayan.

Tarikh pilihanraya kampus yang masih lagi tidak dapat ditentukan mengundang pelbagai persoalan berkenaan kesediaan kementerian melaksanakan sistem berkenaan.

muykuhfgjuDalam pada itu, Aizat juga memaklumkan pendirian Prof. Dr. Ghouth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya tetap tegas ingin melaksanakan sistem pengundian e-undi di kampus berkenaan bagi pilihanraya akan datang.

Ghouth berpendirian sistem e-undi telus berikutan pengalaman beliau menjalankan sistem tersebut di Universiti Multimedia (MMU) yang didakwa “tidak mempunyai apa-apa masalah ketidaktelusan”.

Naib Canselor berkenaan juga yakin sepenuhnya dengan pegawai yang mengendalikan sistem tersebut dan optimis segalanya akan berjalan dengan baik atas rekod baik pegawai tersebut di MMU.

Aizat mendakwa sistem tersebut nampak telus tetapi ada ruang yang berkemungkinan akan disalahgunakan oleh “pihak yang mempunyai agenda lain”. -mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.