Mamak Stall House Rule
“Sistem politik yang ada di Negara ini merupakan sistem Demokrasi Berparlimen. Masyarakat Malaysia pula merupakan masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan berbilang agama. Setiap parti politik mesti memperjuangkan hak kaum dan agama masing-masing. Kalau PAS tidak memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu-Islam, takkan nak harapkan DAP? PAS memperjuangkan hak Melayu-Islam, DAP memperjuangkan hak Cina.”
Begitulah kata-kata salah seorang bijak pandai dengan penuh semangat kepada saya tempohari. Terpinga-pinga rakan yang duduk disebelah. Terkebil-kebil matanya apabila melihat saya berdiam diri dan bijak pandai tersebut meneruskan hujjahnya lagi.
“DAP memperjuangkan kepentingan Cina”, katanya lagi. “Lihat pada kes rampasan botol arak yang berlaku hari itu di Selangor, bagaimana Exco DAP bertindak segera membatalkan tindakan tersebut. Bila ditanya, Exco itu menyatakan “Saya kena bertindak segera. Kalau tidak orang Cina marah”. Inilah yang kita kena faham, DAP mewakili Cina, PAS mewakili Melayu-Islam!” berkata beliau sambil tersenyum lebar, berpuas hati hujjahnya mematikan segala yang telah saya nyatakan sebelum dari itu.
Saya terus berdiam diri. ‘Perbualan’ ini ada peraturannya. Telah ditetapkan setiap orang berpeluang bercakap hanya sekali. Jenis peraturan apa pun saya tidak pasti. Tiada peluang menjawab dan tiada peluang berbahas. Nak katakan ‘Chatham House Rule’ pun bukan. ‘Mamak stall house rule’ kot? Saya terus memandang ke arah mamak di penjuru kedai sambil berkata, “Mamak, Nescafe tarik satu lagi! Kasi kaw punya!”
Maka terus berkatalah yang belum lagi berkata, berhubung Islam, Melayu, wala’ dan sebagainya. Saya sudah tidak mendengarnya lagi. Terpelanting keluar apabila terkena cuping telinga ini. Tidak sempat masuk kiri keluar kanan. Saya terus hilang dalam pemikiran sendiri seperti biasa apabila bijak pandai berhujjah dan saya tidak berpeluang menjawab.
Terfikir saya dalam diam akan kata-kata pemimpin selama ini “PAS For All”. Adakah ini kata-kata kosong sahaja buat mereka ini? Hanya untuk memperolehi undi? Bukankah Islam itu membela hak semua, Melayu, Cina, India, Muslim dan juga non-Muslim? Ke manakah perginya mereka ini semasa kita berbincang mengenai Islam dan keadilan Islam. “Islam selamat, semua selamat”, kata saya pada diri sendiri. Nampak gaya mereka ini memang tidak pernah berusrah. Lebih-lebih lagi yang duduk bertentangan dengan saya, berucap dengan penuh semangat, “Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu”.
Saya memandang pada wajah rakan-rakan semeja. Ada yang berdiam diri. Ramai juga yang terkejut agaknya dengan kata-kata yang sedemikian rupa. Namun tiada yang membantah. Selama ini pun tidak diajar membantah orang yang dilihat lebih tua, lebih senior dan bertaraf pemimpin pula.
Berfikir saya lagi. Ya, memang kita ingin mendapatkan sokongan Melayu tetapi atas dasar apa? Bukankah sepatutnya atas dasar Islam yang selama ini orang Melayu Islam dihalang dari memahaminya oleh UMNO? Kalau PAS memperjuangkan kepentingan ‘Melayu-Islam’ dan dengan itu memperkukuhkan semangat ‘kebangsaan Melayu’ tidakkah itu akan mengukuhkan kedudukan UMNO? Tidak mungkin kita menjadi ‘lebih Melayu’ dari UMNO kerana kita ini parti Islam! Atau adakah ini dilupai oleh rakan-rakan semua?
Sekiranya semakin menebal semangat kebangsaan Melayu dan semakin yakinnya orang Melayu bahawa kedudukan Melayu terancam, hasil dakwaan orang-orang seperti mereka yang duduk semeja dengan saya ini, tidakkah Melayu akan kembali menyokong UMNO?
Begitu juga, kalau PAS menggambarkan DAP sebagai ‘chauvanis Cina’, satu dakwaan yang saya tolak sama sekali, tidakkah itu akan bererti undi orang Melayu akan berpindah ke parti-parti rakan BN seperti MCA dan Gerakan serta MIC? Parti bukan Melayu yang kononnya lebih ‘lunak’?
Adakah ini yang sedang diusahakan? Secara tidak sedar atau sedar?
Kita akan hanya akan terus memerintah sekiranya Melayu menyokong DAP kerana PR dan bukan Melayu menyokong PAS kerana PR. Seperti PAS, DAP juga mengikut perlembagaannya sebagai bukan parti perkauman. Begitu juga dengan PKR. Sekiranya ada ahli atau pemimpinnya tergelincir, tidak bererti kita kena ikut. Kita ingatkan mereka dan menjadi contoh kepada mereka, bukan kita pula yang react kepada jolokan UMNO.
Saya telah menjadi ahli PAS selama 26 tahun. Setahu saya istilah Melayu-Islam tiada terdapat dalam perlembagaan PAS. Puak-puak ini salah parti kot? Hmm, biarkan. Saya sudah bercakap. Tiada lagi peluang bercakap lagi. Biar mereka terus bercakap. Esok saya akan ke Bagan Pinang untuk penamaan calon setelah bertugas bersama PAS Shah Alam pada 24 September. Seterusnya bertugas bersama kumpulan Ahli Parlimen pada 5, 6, 7 dan 8 Oktober dan bersama PAS Selangor pada 9 Oktober pula. Harap-harap suasana kerjasama PAS, DAP dan PKR di sana akan menghasilkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh bagi rakanku ini.
Tetapi malangnya, saya rasa tidak. Pengalaman Permatang Pasir baru sahaja selesai. Bila inginkan bantuan mereka, semua hijau pekat. Bila selesai, timbul pula biru tua. Keikhlasan kita diuji. Malangnya ramai yang gagal. Selepas Bagan Pinang kita bincang lagi. Harap-harap kali ini tidak lagi digunakan ‘mamak stall house rule’.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

No comments
Post a Comment