Untuk Munhyiddin! Nah Tengok Video Ni! Memang Kelantan Miskin!

Kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berjimat-cermat. Jadi tidak hairan jikalau negeri ini antara negeri yang kurang berhutang dengan kerajaan pusat.




Negeri hutang RM2.61b

Semua kerajaan negeri gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Pusat mengikut jadual bernilai berbilion ringgit dengan tempoh tunggakan antara satu hingga lapan tahun. Malah, menurut Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam, ada negeri yang langsung tidak membuat sebarang pembayaran dalam tempoh satu hingga empat tahun.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil dalam laporantersebut menyebut, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negerimeningkat kepada RM2.61 bilion pada akhir tahun lepas berbandingRM2.54 bilion pada akhir 2003.

Peningkatan tersebut, menurutnya, melibatkan sejumlah RM68.33 juta atau kenaikan sebanyak 2.7 peratus.

DAP Bagan Pinang By-election Campaign Banner

Kerajaan Perlis pula katanya, tidak membuat sebarang pembayaran balik sebanyak RM68.10 juta yang berakhir tahun lepas dalam tempoh satu hingga empat tahun.

“Sejumlah RM2.24 bilion (85.8 peratus) daripadanya melibatkan kerajaan negeri Johor, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporannya Mengenai Penyata Akaun Awam dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan Tahun 2004 yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara diedarkan ekoran pembentangan Bajet 2006 semalam. Hadenan berkata, jumlah tunggakan terlibat ialah Johor sebanyak RM598.35 juta, Kedah (RM450.96 juta), Pahang (RM414.48 juta),Selangor (RM377.33), Terengganu (RM250.75 juta) dan Negeri Sembilan (RM144.37 juta)

Negeri-negeri lain ialah Sarawak (RM77.69 juta), Melaka (RM76.22juta), Sabah (RM70.20 juta), Perlis (RM68.10 juta), Kelantan (RM46.61juta), Pulau Pinang (RM31.03 juta) dan Perak (RM7.07 juta).

Kesemua pinjaman berkenaan melibatkan tempoh bayaran yangberbeza-beza iaitu antara satu hingga lapan tahun.

Dalam pada itu, Hadenan memberitahu, setiap tahun Kerajaan Pusat memberi pinjaman kepada kerajaan negeri, badan berkanun, syarikatkerajaan/bukan kerajaan dan agensi lain untuk pelbagai tujuan.

Bagaimanapun, katanya, seperti laporan tahun lalu, pinjaman tidak dibayar mengikut jadual dan tunggakan keseluruhannya pada akhir 2004 berjumlah RM10.1 bilion berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM9.48 bilion melibatkan 2,590 ansuran tertunggak.

“Pada pandangan Audit, Perbendaharaan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman itu patut mengambil tindakan yang lebih tegas untuk mendapatkan tunggakan itu bagimembolehkan kerajaan menggunakan wang itu untuk tujuan pengurusan dan pembangunan lain,” tegasnya.

Hutang Kerajaan Persekutuan Sebanyak RM266.7 Bilion

Jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Dis 2007 ialah sebanyak RM266.7 bilion, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM247.1 bilion atau 92.7 peratus, membabitkan hutang dalam negeri manakala bakinya sebanyak RM19.6 bilion (7.3 peratus) merupakan hutang luar negeri.

“Hutang luar negeri adalah kecil, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pinjaman luar bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing dan mengutamakan pinjaman daripada sumber domestik,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Teo ingin tahu jumlah wang yang terhutang oleh dan kepada kerajaan serta siapakah pemiutang dan penghutang utama.

Mengenai pihak yang memberi pinjaman kepada kerajaan, Abdullah berkata bagi pinjaman projek, pemiutang terdiri daripada institusi dua hala dan pelbagai hala seperti Bank Pembangunan Islam (IDB), Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC).

“Bagaimanapun, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari,” katanya.

Abdullah berkata Kerajaan Persekutuan juga memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, koperasi serta pelbagai agensi lain.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2007, jumlah hutang semua pihak berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM50.8 bilion.

http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/07/kepada-sesiapa-yang-dok-kata-kelantan-miskin-dan-gagal-baca-kat-sini-berapa-hutang-kerajaan-negeri-dan-siapa-yang-sebenarnya-sekat-pembangunan-di-kelantan/#more-2234

No comments

Powered by Blogger.