MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN
“Mengambil Kesempatan dalam Kesempitan” adalah cakap-cakap biasa yang antara lain membawa maksud “Bersungguh-sungguh menghulur pertolongan dengan harapan akan memperoleh sesuatu keuntungan”.
Kaedah sebegini sedang berlaku diBagan Pinang. Oleh sebab kawasan ini sedang berdepan dengan “Penilaian Rakyat”, mana-mana kemudahan serta khidmat yang telah terabai selama ini mahu diselesaikan sepantas mungkin atau bahasa mudahnya “overnight”. Jadi tidak hairanlah bila Dewan-Dewan Orang Ramai yang telah lama terbiar rosak mesti dipaksa menerima “pemulihan” serta merta. Walaupun ianya tidak lagi mahu dikenali sebagai projek “mee segera” namun para pelakunya masih tetap mereka yang sama.
Berkisar sedikit kepada yang lebih canggih ialah mengenai berita (Utusan/NST Online) Menteri Sumber Manusia Datuk S.S. Subramaniam akan mengadakan perbincangan dengan pihak Pengurusan Sime Darby berkaitan dengan gaji minima pekerja Estet. Perkara ini menjadi begitu “Urgent” kerana Pak Menteri kita ini begitu terkejut mendengar kisah Pekerja Ladang yang hanya menerima gaji RM300 sebulan.
Tidak disangka sungguh yang pihak pekerja ladang tersebut pun ada “akai” juga mencari masa yang sesuai supaya masaalah yang sedang mereka hadapi dapat selesai “once and for all”. Mereka cukup yakin jika tidak diambil kesempatan semasa Pilihanraya Kecil ini, masaalah mereka dengan majikan yang telah lama tergantung itu akan terus menghantui hidup mereka. Jika mereka gagal memanafaatkan masa berharga ini peluang kedua akan hanya hadir apabila PRU ke 13 mengambil alih “Shift” selanjutnya. Besar kemungkinan pada akhir tahun 2012.
Adalah diharapkan kehadiran Pilihanraya Kecil diBagan Pinang ini dapat mengembirakan pekerja-pekerja Ladang Sime Darby yang teraniaya tersebut kerana akan tercatat dalam sejarah yang masaalah yang begitu rumit diantara mereka dengan majikan telah dapat diselesai dan akan diumumkan pada hari Khamis ini.
Demikian sahajalah kisah “Kesempatan” yang dapat dipaparkan. Didalam “realiti” nya tidak dapat dipastikan siapa dia yang mengambil Kesempatan dan siapa pula yang didalam Kesempitan.
http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments
Post a Comment