Pertemuan sulung bloggers dengan Dato' Hassan Ali

Alhamdulillah pada malam tadi 26hb. Oktober, beberapa sahabat blogger telah dijemput oleh YB Dato' Dr Hassan Hj Ali kerumah beliau di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi tujuan untuk bertemu. Ini adalah pertama kalinya beliau bertemu dengan para blogger untuk menjelaskan serba sedikit tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Turut serta dalam perjumpaan ini ialah YB Ustaz Nasarudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS yang turut memperkatan serba sedikit latar belakang kepada punca isu yang hangat ini.

Sepintas lalu saya boleh mengatakan bahawa pertemuan ini langsung tidak ada usaha dari mereka berdua untuk mengambil sikap mempertahankan diri dari serangan media hasil dari tulisan blog TGNA. Mereka berdua hanya membawa kami kepada fakta dan sejarah kepada timbulnya isu ini. Saya mendengar dengan teliti dan membuat rakaman audio sepanjang pertemuan ini berlangsung untuk menjadikan bukti bahawa segala posting saya selepas ini adalah berpandukan kepada apa yang telah diperkatakan oleh kedua tokoh ini.

YB Dato' Dr Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau.

Pertemuan dan perbincangan itu berkahir sekitar jam 11.00 malam dan selepas itu kami dijamu dengan durian. Dalam sakit kepala tak habis lagi sebab makan durian semalam, malam ni saya sebat lagi dan sebelum tu kami dijamu dengan nasi beryani.

Insyaallah segala maklumat lanjut dari siri pertama pertemuan ini saya akan konsgikan pada posting yang akan datang kerana hendak melihat komen-komen dari rakan-rakan blogger yang hadir pada malam ini terlebih dahulu dan bagi melihat dan menilai fikrah mereka. Jika mereka yang hadir memberikan komen dan laporan yang tidak tepat dalam blog mereka seperti yang diperkatakan oleh dua orang tokoh pada malam ini , Insyaallah bom jangka akan dihantar terus kepada mereka kerana saya mempunyai rakaman audionya. Jangan nak tulis ikut sedap nafsu sahaja. Ingat pesan Ust Nasha, AMANAH dalam menjalankan usaha dan kerja-kerja dakwah. Wakil UMNO pun ada malam tadi. Wallahualam


albanjari

No comments

Powered by Blogger.