Tengku Razaleigh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular

Pemimpin Melayu veteran Tengku Razaleigh Hamzah ketika berucap dalam perasmian buku bertajuk "Multi-Ethnic Malaysia" (Malaysia Serba Bangsa) (disunting oleh Dr. Lim Teck Ghee, ketua pegawai eksekutif, Centre for Policy Initiatives) memohon rakyat Malaysia mempertahankan sifat sekular Perlembagaan Persekutuan Malaysia (rujuk The Malaysian Insider).

Beliau mengulas bahawa Perlembagaan direkabentuk secara sekular atas persetujuan konsensus dan dengan perundingan lengkap di antara semua pihak termasuk raja-raja. Ini walaupun pilihan untuk memilih landasan syariah jelas wujud pada waktu itu, memandangkan raja-raja telah mentadbir negeri-negeri mereka berdasarkan syariah sebelum Merdeka.

Tengku Razaleigh berkata rakyat Malaysia perlu mendesak parti-parti politik mereka untuk memperbahrui aspirasi parti agar ianya selaras dengan Perlembagaan.

Soalan-soalan cepu emas:

1. Apa kata parti PAS mengenai hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam?

2. Mampukah rakyat Malaysia tidak kira Melayu atau bukan Melayu mendesak parti PAS menyelaraskan cita-cita dan perlembagaan parti dengan Perlembagaan Malaysia?

3. Fikirkan sejenak: parti politik mana yang lebih sepadan dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan negara, DAP atau PAS?

pak sako

No comments

Powered by Blogger.