Zahid Ibrahim:Undi POS
Undi Pos
Tumpuan penganalisa politik sekarang ini ialah membuat ramalan sama ada Barisan Nasional mampu untuk tingkatkan majoriti mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Agaknya ramai telah meramalkan kemenangan BN. Bagi penganalisa- penganalisa ini, yang perlu diramalkan ialah berapa ramai pengundi bukan Melayu akan menyokong PAS untuk mengurangkan majoriti BN. Memanglah tidak salah kita membuat spekulasi tentang keputusan pilihan raya tetapi yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan tentang satu perkara yang besar ertinya kepada demokrasi di tanah air kita, iaitu proses pemilihan yang dikenali sebagai “undi pos.” Malah saya berpendapat sistem undi pos ini sepatutnya menjadi isu utama dalam pilihan raya Bagan Pinang.
Daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang, kira-kira 5,000 atau 36% adalah pengundi pos. Bayangkan satu pertiga pengundi Bagan Pinang telah pun awal-awal lagi diramalkan akan mengundi BN kerana “terpaksa” atau “takut”. Daripada pengalaman lalu, ada bekas-bekas perajurit kita telah mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana mereka perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi. Jadi undi mereka tidak lagi rahsia. Sebahagian besar takut untuk mengundi pembangkang kerana undi mereka akan diketahui ketua mereka. Jelas di sini tidak ada keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya Malaysia.
Pilihan raya kecil ini menunjukkan dengan jelas sikap UMNO dan BN yang sanggup mengekalkan satu sistem mengundi yang ketara tidak adil semata-mata mereka dapat keuntungan dari proses tersebut. Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tidak berani membuat perubahan dan reformasi terhadap sistem pengundian yang tidak adil ini kerana takut kepada para pemimpin BN.
Mengapa SPR tidak benarkan tentera mengundi seperti mana-mana rakyat Malaysia yang lain secara bebas dan rahsia? Sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya. Takkan lah semua pengundi yang ada dalam senarai pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi. Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan “kawalan” mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam. Kita juga dengar kes mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan dan telah pun berpindah dari kem masih disenaraikan dalam senarai pengundi pos.
Saya percaya tidak ada negara demokrasi dalam dunia sekarang ini mengadakan sistem pengundian yang berbeza dari orang awam kepada kakitangan keselamatan seperti yang dilakukan di negara kita. Calon dari parti pembangkang langsung tidak berpeluang bertemu dan berbincang dengan mereka yang mengundi melalui sistem undi pos. Calon tidak berpeluang menerangkan manifestonya kepada pengundi pos. Maksudnya pengundi pos dinafikan hak mereka dari kempen sah yang dibenarkan melalui sistem demokrasi. Apa ertinya kerajaan mengaku kononnya menghormati sistem demokrasi dan mengadakan pilihan raya tetapi tidak sanggup memberi ruang kepada semua rakyat membuat pilihan dengan bebas dan memahami isu-isu yang dibawa dan diperjuangkan oleh seseorang calon?
Sikap UMNO dan BN yang tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas adalah satu petanda buruk kepada negara. Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengudian yang telus dan berintegriti bertapak di negara ini. Hanya sistem yang mengekalkan kuasa mereka akan dibiarkan.Inilah maksud MALAYSIA SABUAH NEGARA CONTOH ATAU MODEL STATE yang dilaung olih PM kita. Model untok rasuah, untok tidak menghormati hak orang lain.

No comments
Post a Comment