Wang Kempen PAS Bersih Rasuah

Bahang kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang semakin hebat dirasai. Kedua-dua parti sibuk berkempen. Disebalik kehangatan kempen itu, timbul persoalan dari mana mereka mendapat wang untuk berkempen?

Kami ajukan persoalan ini kepada pengarah pilihanraya kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub bagaimana PAS memperoleh dana untuk membiayai kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dan ini jawapan beliau.

" Bagi PAS sendiri, kita ada tabung pilihanraya yang kita tubuhkan di peringkat UPU, unit peti undi dan tabung itu sendiri diisi oleh ahli-ahli PAS. Itulah cara PAS dalam mendapatkan dana.

Pada 14 Ogos tahun lalu, sejumlah RM16 juta cuba diseludup keluar dari Hong Kong ke Malaysia oleh orang suruhan Umno-BN bagi memperkasa kempen UMNO-Barisan Nasional di Permatang Pauh.

Konco ini, Michael chia Tien Foh, dikatakan akrab dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan jutaan ringgit yang cuba diseludup itu dipercayai wang hasil sindiket pembalakan haram yang berleluasa di Sabah dan disimpan di akaun-akaun selamat di Hong Kong.

Meskipun mendapat liputan meluas media antarabangsa, namun selepas setahun berlalu, tiada tindakan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas konco Musa Aman ini.

Dengan isu ini kembali menerjah ke perhatian media, Pengarah Pilihanraya Kecil Pas di Bagan Pinang Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap berhati-hati dan cermat dalam hal-ehwal dana pilihanraya.

Salahuddin menambah wang ringgit amat penting untuk menggerakkan jentera kempen, namun itu tidak bermakna Pas perlu merendahkan maruahnya dengan menggunakan wang hasil penyelewengan atau kegiatan haram - sepertimana yang berlaku dalam kes konco Musa Aman itu. " Dana haram ini yang melibatkan satu-satu pihak ini yang ada kepentingan. Saya bagi contoh kita di pihak kerajaan, semua parti yang mendokong kerajaan yang ada pada hari ini, kita boleh melihatlah sumber-sumber itu. Kita boleh guna alasan ini disumbangkan oleh para dermawan. Jadi kita kena tengoklah siapa yang memberi itu. Adakah mereka ini kontraktor, adakah mereka ini tauke-tauke besar yang ada kepentingan kepada projek. Itu yang kita katakan berlakunya penyalahgunaan kuasa itu".

Tegas Salahuddin, seharusnya semua pihak mengamalkan ketelusan dalam memiliki hati rakyat dan bukannya menggunakan wang rasuah.

" Menerima itu, ya, mereka seharusnya kalau kita bercakap soal integriti, tentang kredibiliti, di situlah nilai yang kita pandang tinggi itu. Jadi saya rasa itu yang kita kena pertahankan, yang kita kena perjuangkan."

Salahuddin di hujung perbualan turut menambah, salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam kempen-kempen pilihanraya ujarnya adalah melalui keadilan media dalam memberikan publisiti kepada calon yang bertanding.

" Satu cara sahaja saya rasa untuk mengelakkan berlakunya perbelanjaan besar dalam pilihanraya ini, antara cara yang boleh menyelesaikan perkara ini setidak-tidaknya ialah kebebasan media. Khususnya kalau media ini diberikan, tidak banyak perbelanjaan perlu dibuat untuk memperkenalkan calon. Itu antaranya jalan penyelesaian yang terbaik.tv antara

No comments

Powered by Blogger.