Ibrahim Ali kata Nga Kor Ming biadap dan cuba menyalakan api dalam sekam.

Kenyataan itu dibuat Ibrahim setelah Nga Kor Ming mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama, kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Kata Ibrahim lagi, "Dia boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku, apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," [sumber]

Saya bertanya pada beberapa rakan saya yang berbangsa Melayu tentang apa yang dikatakan oleh Ibrahim itu.

Kesemua mereka bersetuju, Nga Kor Ming ada hak untuk bertanya kerana penganut agama lain juga berhak mendapat peruntukan untuk membina rumah ibadat mereka kerana mereka juga menyumbang pada hasil Negara.

Tidak ada salahnya Nga Kor Ming menyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membina masjid kerana dari situ, rakyat akan dapat menilai; sejauhmanakah kerajaan telah berlaku adil pada semua penganut agama di Negara ini.

Bagaimanapun, Nga Kor Ming ataupun sumber berita itu tidak pula menyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina tempat ibadah bagi bukan Islam dari tempoh 2000-2008. Jadi, kita tidak tahu; adakah kerajaan telah berlaku adil atau tidak dalam hal ini.

Jika benar kerajaan tidak memberikan langsung sebarang peruntukan dalam tempoh itu, maka itu adalah tindakan yang sangat tidak adil.

Tindakan sembrono Ibrahim Ali melabelkan Nga sebagai biadap adalah sangat tidak wajar. Kenyataannya itu akan membuatkan bukan Islam bertambah benci pada penganut Islam di Negara ini. Maka, beliaulah yang sewajarnya dilabelkan sebagai penghasut dan dimasukkan ke dalam ISA yang disokongnya selama ini.

Ironinya, Ibrahim Ali yang kononnya mengaku sebagai pejuang Melayu Islam sendiri telah menggerakkan konco-konconya untuk berdemontrasi di Kota Bahru bagi menjatuhkan Nik Aziz, pemimpin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hmm.. Patutlah ada yang berkata; buruk benor rupa orang yang gila talak!


nur aflah

No comments

Powered by Blogger.