Ketuanan Melayu Bercanggah Konsep 1Malaysia?
Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu
Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendukung ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia.
Itulah mesej jelas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kepada golongan ekstremis yang terus menerus memainkan isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik dan diri mereka sendiri.
Beliau menyatakan demikian ketika minta oleh Malaysiakini mengulas trend semasa di mana terdapat pertubuhan dan kumpulan yang memainkan isu ketuanan Melayu, sehingga menimbulkan rasa tidak senang, ketegangan dan kebimbangan di kalangan kaum lain.
Perdebatan mengenai isu tersebut menjadi semakin panas ekoran kenyataan ahli parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran baru-baru ini bahawa ketuanan Melayu bercanggah dengan usaha untuk menyatu padukan pelbagai kaum di bawah konsep 1Malaysia itu.
Ekoran itu, ada pihak yang membuat laporan polis terhadap Kulasegaran kerana didakwa mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, dan malah ada yang menggesa supaya kerajaan membatalkan kerakyatannya.
Mengulas mengenai perkara itu, Nazri berkata, ia adalah hak peribadi mereka untuk membuat laporan polis tetapi ia boleh menghalang usaha menjayakan konsep 1Malaysia. (Malaysiakini)
Semalam saya bersembang-sembang dengan seorang pemimpin MCA Wilayah Persekutuan. Dengan tenang beliau menceritakan masalah MCA dan melahirkan kerisauannya dengan masalah tersebut. Beliau juga melahirkan perasaan kesal kerana pemimpin MCA telah mengundang campur tangan UMNO.
UMNO parti Melayu, manakala MCA parti Cina. Masalah MCA adalah masalah orang-orang Cina yang tidak memerlukan kebijakan orang Melayu untuk menyelesaikannya. Sekarang perasaan benci masyarakat Cina terhadap UMNO belum reda. Biarpun sedikit terubat dengan konsep 1Malaysia, tetapi penglibatan pemimpin UMNO dalam permasalah orang Cina bakal menambahkan kebencian masyarakat Cina kepada MCA.
Walaupun pemimpin UMNO menafikan campur tangan UMNO, sebaliknya memainkan peranan membantu adik yang sedang dirundung masalah. Namun, masyarakat Cina yang selama ini menyokong BN mampu membaca fikiran pemimpin UMNO. Mereka boleh dikatakan telah masak dengan sikap “cakap tak serupa bikin” pemimpin BN. Jadi, memainkan peranan atau campur tangan tidak berbeza kerana kedua-duanya menafikan kemampuan orang Cina untuk menyelesaikan masalah sendiri.
Manakala sesetengah ahli MCA berasa terkilan dan bengkak hati dengan pemimpin mereka kerana tiada “semangat perpaduan” untuk menyelesaikan masalah keluarga, sebaliknya meminta tolong kuasa luar.
Beliau menambah, tidak mustahil masalah MCA kali ini sekiranya tidak ditangani dengan betul bakal “mengghaibkan MCA” daripada peta politik tanah air. Selepas pemilihan semula, maka akan terjadi seperti kata pepatah Melayu, kalah jadi arang, menang jadi abu kerana kumpulan yang kalah tidak akan berdiam diri. Mereka akan berusaha menghancurkan MCA.
Berbalik kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan mula membawa sinar harapan kepada masyarakat Malaysia, pemimpin MCA itu mengaku bahawa gagasan besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu mampu mengembalikan sokongan bukan Melayu kepada BN. Beliau berkata, tinjauan MCA Wilayah Persekutuan mendapati rakyat, terutama masyarakat Cina menyambut baik gagasan 1Malaysia.
Namun, beberapa perkara harus dielakkan agar 1Malaysia yang sedang mengorak langkah ke depan tidak berundur dan menjadi sia-sia. Perkara tersebut, termasuklah isu Ketuanan Melayu, isu agama dan bahasa.
Sekarang ketiga-tiga isu ini sedang dimainkan dengan hebat. Semuanya berpunca daripada golongan ekstremis dan golongan yang mementingkan diri. Kedua-dua golongan ini terdapat di dalam semua parti politik. Sama ada BN atau PR, golongan ini sering menimbulkan masalah kepada parti. Dari luar kelihatan mereka memperjuangkan bangsa, agama dan bahasa, tetapi hakikatnya mereka hanya memperjuangkan kepentingan diri dengan bersembunyi di sebalik parti.
Isu ketuanan Melayu dan peruntukan kepada agama Islam dan bukan Islam yang hangat ketika ini, misalnya dimainkan dengan hebat tanpa mengira kesannya kepada rakyat. Rakyat memerlukan perpaduan bukan perpecahan. Oleh itu, pemimpin harus berhati-hati apabila hendak membangkitkan sesuatu isu.
Isu Ketuanan Melayu dan peruntukan kepada agama tidak memberi keuntungan politik kepada BN. Isu Ketuanan Melayu misalnya, tidak disukai oleh orang-orang bukan Melayu – mereka beranggap bahawa Ketuanan Melayu satu ancaman kepada masa depan mereka – maka pemimpin PR sengaja membangkitkannya untuk memerangkap UMNO-BN dengan harapan pemimpin mereka menyahut dengan penuh semangat.
Umpan dilontar, terus disambar ikan. Pemimpin UMNO-BN menyahut isu Ketuanan Melayu dengan penuh semangat. akhbar arus perdana pula menjadikannya bertambah hangat. Mereka langsung tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu bakal menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO-BN.
Separuh daripada orang Melayu tidak akan berganjak daripada PR. Mereka ini telah lama menggantikan Ketuanan Melayu dengan Ketuanan Rakyat. Kembalinya mereka kepada BN usah diharapkan. Manakala orang-orang bukan Melayu pula terus-terusan “dijauhkan” daripada BN oleh isu-isu sensitif. Maka, UMNO-BN sebenarnya sedang bermimpi sekiranya mereka merasakan akan menang dalam PRU akan datang.
Tiada pilihan lain yang ada pada Perdana Menteri sekiranya ingin terus menjadi kerajaan dan melihat kejayaan 1Malaysia, melainkan menyingkirkan golongan ekstremis dan berkepentingan diri yang suka memainkan isu sensitif daripada parti.
Orang seperti Nazri Aziz walaupun tidak popular dan mengundang kemarahan sesetengah pihak, namun mampu membantu BN bagi mengekalkan kuasa. Orang-orang begini harus dikekalkan dalam barisan kepimpinan BN.
http://satumalaysia.wordpress.com/

No comments
Post a Comment