Masih Adakah Setiakawan Dalam Barisan ?

Oleh Ahmad Zawawi

Tajuk tulisan saya kali ini hanyalah merupakan satu soalan semata-mata. Ianya boleh dijawab didalam mana-mana Media, memberikan jawapannya kepada diri sendiri ataupun boleh sahaja dengan tidak menjawab.Persoalan yang dimaksudkan sebenarnya satu perkara besar oleh kerana Barisan masih lagi Memerintah Malaysia.


Menyinkap masaalah dalaman Parti-Parti dalam Barisan tidak ada satupun Parti komponen berkenaan yang tidak bermasaalah kecualilah sebilangan yang berada diSabah dan diSarawak.

Bermula dengan UMNO yang terus-terusan mendesak supaya pucuk pimpinan berundur disebabkan kekalahan teruk pada Pilihanraya Ke 12. Dan yang terakhir satu pengakuan secara terbuka oleh salah seorang ahlinya yang mengatakan “UMNO busuk hingga keusus”. Kemudian diikuti oleh MIC dimana bekas Timbalan Presiden mereka tidak direstu menyertai pimpinan bagi mengukuhkan Parti. Berikutnya pula satu komponen iaitu PPP pula bermasaalah. Sehingga ada satu Mesyuarat Agung Luarbiasa diadakan bagi menganti Presiden. Hingga kehari ini pun cabar mencabar masih berterusan. Bagi MCA pula mereka sedang berdepan dengan Krisis Pimpinan yang amat serious. Diantara Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden kegiatan tumbang menumbang sedang berlaku dengan rancak.

Akibat dari kemelut yang menimpa komponen-komponen ini ada terdapat Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri yang telah meletak jawatan tertinggi dalam Parti dan ada juga Timbalan Menteri yang telah dipecat oleh Parti. Walau bagaimanapun kedudukan mereka tidak terjejas oleh kerana Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri tersebut adalah atas Kuasa Mutlak Perdana Menteri.

Kemuncak kepada masaalah Setiakawan yang saya maksudkan ialah desakan supaya Jawatan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang dipindahkan dari kekuasaan GERAKAN kepada UMNO. Alasan yang diberi hanya kerana kesemua ADUN diDewan Undangan Negeri diwakili oleh UMNO. Gerakan telah gagal sepenuhnya pada PRU ke 12 diPulau Pinang. Parti mana pula yang boleh menjadi Pengerusi Negeri jika semua Kerusi yang ada ini gagal dipertahankan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti? Saya tidak ada idea bernas untuk membantu mengatasinya. Apa kata ikut sahaja nasihat Budak Despatch Nabil Raja Lawak iaitu “Lu fikirlah sendiri”.

Disinilah relevan nya Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan rakyat dari dibelenggu bebanan dan masaalah yang tidak sudah-sudah. Walau apapun sedang diperkatakan oleh musuh, Parti-Parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat hari demi hari semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan khalayak jelata.

Tujuan sebenar saya menulis ialah bagi mengimbangi persoalan yang ditimbulkan oleh Zulkiflee Bakar dalam Rencana beliau bertajuk Kesepakatan Pembangkang? Rencana tersebut telah disiarkan oleh Akhbar Utusan. Didalam Rencana yang dimaksudkan ini siPenulis (Zulkiflee Bakar) telah menzahirkan perasaan yang berbagai. Adakalanya beliau mengucap Tahniah kepada Parti PAS disebabkan berani mempertaruhkan kewibawaan kerana menyertai Pakatan Pembangkang. Ada juga perenggannya (Rencana) beliau mencemuh Parti PAS kerana tidak berpendirian. Diakhirnya beliau meluahkan rasa kecewa dan berkata Kasihan PAS kerana menurut beliau Parti PAS yang lebih besar dan berpengaruh hanya menjadi “pak turut”.

Akhir sekali saya tutup tulisan ini dengan perasaan yang cukup sympathetic kepada Sdra Zulkiflee Bakar kerana tidak dapat memberikan sebarang kredit kepada Rencana beliau itu.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.