Mengambil Keuntungan Dalam Perniagaan Menurut Islam
Maksud Berniaga
Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.
Adab-Adab Berniaga
1.
Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.
2.
Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.
3.
Bekerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
4.
Tekun perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
5.
Menjauhi perkara yang haram penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.
6.
Melindungi penjual dan pembeli penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.
Keuntungan Penjualan Barang Mengikut Islam
1.
Keuntungan barang jualan seperti keuntungan yang diambil dari barang yang dijual. Contohnya perniaga menentukan harga barang yang ingin dijual dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya Islam tidak menentukan keuntungan penjualan barang tersebut, yang penting setiap penjualan perlu mempunyai akad, suka sama suka atau persetujuan dua belah pihak (penjual dan pembeli). Tetapi lebih baik penjual menentukan keuntungannya dengan harga yang berpatutan, kerana Rasulallah saw berniaga dengan menentukan harga barangnya secara berpatutan dan tidak mengambil keuntungan yang lebih, sebab itulah perniagaan Rasulallah sentiasa laris dan untung pada setiap kali beliau berdagang. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud : "Dari sahabat Urwah Al Bariqy ra mengisahkan: Rasulallah saw memberiku satu dinar agar aku membelikannya seekor kambing, kemudian akupun membeli dua ekor kambing dengan satu dinar yang diberikan Rasulallah, kemudian aku jual kembali seekor kambing dengan harga satu dinar, apabila aku datang menemui Baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Kemudian Rasulallah saw mendoakan keberkatan kepada perniagaan arwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia akan memperolehi laba darinya." (Riwayat Abu Dawud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)
2.
Keuntungan dari keberkatan, pahala dan keredhoan Allah. Apabila perniaga mengambil keuntungan yang memadai dengan barang yang dijual, maka dia memperolehi keberkatan dari Allah dan pahala yang sangat besar. Lebih baik lagi peniaga muslim jangan menipu barangan yang dijual. Contohnya mencampurkan ikan lama dan yang baru dalam perniagaannya, atau menipu barang yang dijualnya adalah baru dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi pada hakikatnya semua itu adalah penipuan. Maka di sini perniaga terlebut tidak memperolehi keuntungan di akhirat nanti dan dia akan dilaknat oleh Allah diatas penipuan yang dilakukannya semasa berniaga. Sabda Rasulallah yang bermaksud : "Dari Hakim bin Hizam dari Nabi saw beliau bersabda: "Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih selama keduanya belum berpisah, bila keduanya berlaku jujur dan menjelaskan, maka akan diberkahi untuk mereka penjualannya, dan bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan dihapuskan keberkahan penjualannya." (Muttafaqun 'alaih)
Kesimpulannya
Setiap perniagaan yang dijalankan perlulah diberikan kemudahan dan memudahkan pembeli untuk memiliki barang yang diingini dengan harga yang berpatutan, kerana Allah akan memberikan ganjaran yang sangat besar kepada penjual di akhirat nanti. Setiap perniagaan yang dijalankan janganlah mengharapkan keuntungan dunia semata-mata, kerana dalam masa yang sama kita telah menyusahkan orang lain dan ditakuti ada penipuan dalam perniagaan. Percayalah barang siapa yang menjual barang mengikut syariat Islam nescaya beliau akan memperolehi keuntungan yang sangat besar di dunia dan di akhirat.

No comments
Post a Comment