Perjanjian Rahsia Mahathir dengan Tentera US

Oleh: MSK

Sekitar tahun 1984 atau 1985, seorang wartawan Asian Wall Street Journal mendapat tahu terdapat kenderaan tentera Amerika didalam hutan Malaysia. Beliau mencuba untuk mendapatkan maklumat daripada Kedutaan Amerika di kuala Lumpur dan juga dari Kementerian Pertahanan tetapi gagal dan menganggap berita tersebut hanyalah khabar-khabar angiin.

Dalam sebuah buku yang bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad” yang dikarang oleh Barry wain, bekas editor Asian wall Street Journal, mendedahkan bahawa berita tersebut bukan khabar angin..tetapi benar.

Pada tahun 1984, semasa lawatan Mahathir ke Amerika bertemu Presiden Ronald Reagan dan Setiausaha Pertahanan Casper Weinberger, Mahathir telah melancarkan apa yang dipanggil Perjanjian Khidmat Nasihat dan Latihan Dua Hala, yang melibatkan siri-siri latihan, perkongsian maklumat, bantuan logistik dan isu-isu ketenteraman awam.

Walaupun begitu, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Amerika tetapi dalam masa yang sama, membenarkan tentera Amerika berlatih dihutan Malaysia.

Mahathir juga merupakan seorang yang boros dalam membelanjakan wang negara, dimana projek-projek mega yang dilancarkan dan akhirnya menemui kegagalan hampir mencecah RM100 billion.

Sebagai contoh, Mahathir melancarkan Proton, yang diharapkan dapat menjadikan Malayisa sebagai pusat pengeluar kereta di Asia. Tetapi projek beliau gagal, sebaliknya, Thailand berjaya menjadi pengeluar automotiv yang terbesar di Asia.

Mahathir juga boleh dianggap sebagai pelopor rasuah dinegara ini apabila membenarkan rasuah berleluasa dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya sebagai pemerintah negara. Rasuah menjalar dengan begitu hebat dizaman Mahathir sehinggakan seluruh Umno terpalit dengan rasuah.

Legasi Mahathir boleh dianggap sama dengan Robert Mugabe dari Zimbabwe. Mahathir, disatu masa mempelopori dasar ‘Buy British Last’, manakala Mugabe pula mengambil alih ladang-ladang kepunyaan British di Zimbabwe. Masing-masing mempunyai hasrat yang sama iaitu membalas dendam terhadap British.

Dalam masa yang sama, mereka begitu rapat dengan Amerika walaupun pada zahirnya, mereka dilihat begitu anti-Amerika. Mahathir juga sering menggunakan Yahudi untuk menarik perhatian orang-orang Islam dinegara ini, seolah-olah beliau adalah pejuang Islam, tetapi dalam masa yang sama, beliau mendapatkan khidmat-khidmat pakar-pakar Yahudi untuk membantu dalam pentadbiran negara.

Sumber: Mahathir’s Secret Deal.

No comments

Powered by Blogger.