Apakah Presiden MCA sendiri tidak percaya dengan ketelusan pemilihan parti?

Apakah kewajaran seorang presiden parti yang menjadi orang nombor satu dalam parti mengingatkan agarkan pemilihan yang bakal dihadapi MCA dijalankan dengan telus dan adil?

Apakah Dato` Seri Ong Tee Keat selaku presiden MCA merasa bimbang akan ketidak telusan pemilihan itu kerana dilihat cuba diatur pihak-pihak tertentu yang berada diluar parti?

Dalam blognya, presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berharap bahawa pemilihan baru MCA yang akan datang akan dijalankan secara adil dan wajar.

"Sekarang pemilihan baru parti telahpun digerakkan, tiba masanya bagi kita untuk memastikan bahawa pemilihan itu dijalankan dengan adil dan baik dan selaras dengan proses yang sepatutnya," katanya.

Semalam, laporan berita tempatan memberitahu, keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan mendapat restu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kononnya ia satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat.

Pengakuan itu dilihat telah memberi tekanan kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam menangani kemelut perebutan jawatan dalam parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu.

Ia seolah-olah nampak seperti ada satu komplot yang diatur untuk menjatuhkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden. Jika ianya benar-benar berlaku, bermakna Umno telah meletakkan MCA dalam keadaan lebih parah lagi dengan campur tangan itu.

Dengan sebbab itu, mungkin Ong Tee Keat merasa bimbang akan ketelusan pemilihan parti yang akan diadakan bila-bila masa sahaja. Padahal Ong pernah menyuarakan pemilihan diadakan pada 15 Okt tahun lepas namun ia mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

"Pada masa itu, saya telah berkata bahawa kita perlu ingat dengan tempoh masa pemilihan itu dengan memberi keutamaan kepada parti. Satu pemilihan yang baru merupakan satu daripada pilihan kepada penyelesaian yang demokratik kepada kemelut MCA," kata Ong.

Kemelut perebutan dalam MCA berlaku sejak tahun lepas selepas tindakan mengadakan undi tidak percaya terhadap presiden berlaku. 1,555 perwakilan memutuskan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong namun tidak meletak jawatan kerana majoriti dua pertiga perwakilan tidak mencukupi untuk menjatuhkan pemimpin.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.