Kenapa Umno lebih suka bawa isu royalti minyak ke mahkamah?

Umno-BN berhempas pulas tidak mahu menerima kenyataan Kelantan berhak menerima royalti minyak sebanyak RM2 Billion walaupun ianya dilihat cuba menafikan hak rakyat Kelantan.

Beberapa pemimpin besar Umno Kelantan seperti Dato` Mustafa Muhamad dan Dato` Awang Adek dilihat cuba mengkhianati rakyat negerinya sendiri kerana berusaha memberi penerangan songsang perihal perjanjian royalti dengan negeri-negeri yang mempunyai telaga minyak.

Dua pemimpin itu dilihat sedaya upaya menentang permintaan rakyat Kelantan walaupun para akademik dan pengamal undang-undang termasuk bekas peguam Petronas turut memberi pandangan positif terhadap permintaan rakyat Kelantan itu.

Namun, Umno-BN dilihat lebih suka isu royalti ini dibawa ke mahkamah. Bermula dengan cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah. Kemudian 'Raja Katak', Ibrahim Ali yang tak tentu pasal cuba bermuka-muka konon meminta kerajaan Kelantan membawa kes itu ke mahkamah.

Hari ini pula, satu permainan tarik tali oleh enam ADUN Umno-BN Kelantan menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (ADUN-Kok Lanas), menyokong usul yang dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan agar Exco negeri memikirkan tindakan sesuai, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi.

Turut menyokong usul itu ialah dua lagi ADUN Umno-BN, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah).

Tetapi Selepas itu, mereka merubah pendirian untuk tidak menyokong usul tersebut kerana usul tersebut memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin bukan usul yang dikehendaki Umno iaitu untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Yang menjadi persoalan, kenapa Umno-BN dilihat lebih suka isu ini dibawa ke mahkamah? Hingga 'Raja Katak' pun terhegeh-hegeh minta kerajaan Kelantan bawa isu tuntutan royalti ke mahkamah.

Pengalaman isu royalti yang dihadapi kerajaan Terengganu ketika pemerintahan PAS sedikit masa dulu telah memberi sedikit panduan kepada rakyat menelah kenapa Umno-BN lebih suka isu itu dibawa ke mahkamah.

Apabila kes royalti di Terengganu di bawa ke mahkmah, maka ikut prosedur, kes itu telah menjadi hak milik mahkamah untuk membicarakannya. Orang lain termasuk kerajaan negeri tidak berhak untuk membincangkan kes itu selagi masih lagi dalam perbicara mahkamah. Mungkin ianya boleh menutup mulut rakyat yang berhempas pulas ingin dapatkan hak royalti.

Ataupun, Umno-BN menimbang, bila kes dibawa ke mahkamah, maka Umno-BN boleh mengawal keputusan mahkamah seperti yang berlaku ke atas kerajaan PR Perak yang dinafikan oleh keputusan mahkamah hasil campurtangan eksekutif (kerajaan pusat).

Maka kedua sebab itu mungkin diteladani Umno-BN untuk menyekat sesi penerangan pihak kerajaan kelantan terhadap rakyat keseluruhannya. Secara tidak langsung, pembohongan Umno-BN dapat ditimbus daripada 'dicium' oleh rakyat.

Ianya juga boleh memberhentikan langkah kerajaan Kelantan untuk menuntut hasil royalti minyak sebanyak RM2 Billion itu. Jika tidak, mengapa Umno-BN beria-ia sangat ingin isu ini dibawa ke mahkamah.

Usah lagi kita tertipu dengan permainan jahat Umno-BN yang selalu menipu rakyat dengan pelbagai cara agar mereka boleh terus menikmati wang ihsan yang diagihkan sesama mereka sahaja.warkah daily

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.