NGO Islam setuju tindakan Jais

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam bersetuju tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu menyiasat ibu kanak-kanak mangsa dera dan bunuh, Syafia Humairah Sahari.

Setiausaha Agung Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Roha Hassan berkata, pihaknya menyokong Jais menjalankan siasatan ke atas Siti Nurhanim Aziz, 25, yang didakwa bersekedudukan dengan teman lelakinya.

“Kita bersetuju, dan kita harap siasatan hendaklah dijalankan dengan berhemah dan mengikut prosedur yang betul.

“Siasatan ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau tohmahan yang tidak benar dilempar kepada Nurhanim. Jika dia tidak bersalah, maka ini akan membersihkan namanya dan keluarga,” katanya kepada: Sinar Harian :di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, arahan yang dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah mengikut peruntukan undang-undang.

“Jais mempunyai hak untuk menjalankan siasatan ke atas Siti Nurhanim kerana disyaki bersekedudukan dengan teman lelakinya, sedangkan dia masih belum bercerai,” katanya.

Menurutnya, Islam mengharamkan umatnya bersekedudukan dan mempunyai hasil hubu- ngan perkahwinan yang tidak sah.

Beliau juga berharap kejadian yang berlaku kepada Syafia Humairah dijadikan iktibar.

Syafia mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya dekat kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, malam Khamis lalu.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim, 25 dan Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana disy:aki terbabit dengan kesalahan jenayah.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.