Pembersihan etnik Dalam PKR

Pembersihan etnik

Memang amat memilukan bila kita sendiri menjadi saksi bagaimana sebuah parti hasil dokongan dan kudrat rakyat seperti PKR begitu sekali mudahnya terburai. Satu demi satu pimpinan yang dulu tergantungnya harapan telah gugur bagai lintah yang kekenyangan darah rakyat.

Itu lah sebenarnya perancangan mereka. Ombak ini sengaja dicipta sedemikian rupa bagi menghancur luluhkan hati hati pejuang dan pendokong gerakan rakyat. Rencana yang begitu teliti oleh tali barut mereka yang telah lama menyelinap masuk sebagai rakan karib kini bertindak menikam dari belakang. Tindakan bacul politik ini dikala kekuatan semua terarah mempertahan organisasi dari fitnah sang penguasa yang kejam.

Penghijrahan sampah sampah ini tidak dibuat secara kelompok walaupun kelompok itu sudah lama dikenal pasti walau dinafi. Tapi ia akan digerakkan secara berperingkat peringkat dalam kelompok kecil bagi menunjukkan penolakan total dan berterusan terhadap kepimpinan parti. Ia juga bagi memastikan tujahan sembilu ini berterusan dihati pejuang dan pendokong gerakan rakyat ini.

Tapi ini lah resam perjuangan. Sebagai parti yang tegak hasil dokongan rakyat, penyatuan kekuatan dalam perjuangan menegak keadilan mesti diteruskan. Usah bersedih dan pilu dik kerana sekelompok yang terbukti lemah ini. Ini lah sebenarnya proses pembersihan etnik Umno didalam parti. Pembersihan etnik ini amat perlu bagi melancarkan kerja kerja menuntut keadilan untuk semua tercapai mudah. Dengan hanyut terus sampah sampah etnik Umno ini dari dalam parti, bakal melancarkan lagi saliran saliran yang dulunya sangkut dan tersumbat padat. Ada baiknya sampah sampah ini dinyahkan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 muncul.

Kita tidak mendahului Allah s.w.t dalam menghukum, tapi sejarah sudah berbicara. Sampah yang berhijrah bagai terperangkap tidak kemana mana didalam lubuk etnik Umno ini. Lihat saja seekor dua sibacul politik terdahulu, hanya menjadi pelawak dibawah bawah pentas bangsa Umno.

http://shalehudin.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.